PROGRAM ASAK MINDA
PENGENALAN
 Program Peningkatan Prestasi Akademik SPM 2005 atau dikenali sebagai Program Asak Minda merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan kurikulum  SMKST untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti. Didapati bahawa pada tahun-tahun sebelumnya iaitu melalui  program Asak Minda  pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana  menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar  menghadapi peperiksaan SPM dan memperolehi keputusan yang lebih baik.
 Untuk menjayakan program Asak Minda ini semua panitia boleh merancang cara atau pendekatan terbaik yang boleh digunakan  semasa melaksanakan program ini. Usaha yang bersungguh-sungguh dari guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan program ini, kerana pelajar-pelajar yang terlibat  adalah pelajar yang sememangnya mahu berjaya dengan baik dan cemerlang.
MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan SPM akan mencapai 100%
OBJEKTIF
a) Pelajar kategori lemah dan sederhana mendapat kesedaran dan berminat untuk  
        memajukan diri ke arah kejayaan.
b) Pelajar dapat menggunakan minda dengan berkesan dan teratur sebagai 
        persediaan menghadapi peperiksaan.
c) Pelajar memperolehi kebiasaan dan keyakinan dalam menjawab soalan-soalan 
        yang  berformat SPM.
STRATEGI
a) Program ini melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Kimia, Fizik dan Biologi.
b) Pelajar menawarkan diri secara sukarela  untuk menyertai program ini.
c) Kemudahan  penyediaan bahan-bahan program  seperti Modul, latihan atau lain-lain disediakan oleh pihak sekolah.
d) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Minda ( 1 hingga  8).
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi  : Tn Hj Mohamad bin Adam  (Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : Pn Rosni bte Leman (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : Pn Hjh Rosiah bte Haron
Setiausaha       : Pn Hjh Rosni Adom
AJK              : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
                   Semua Ketua Panitia 
   
KUMPULAN SASARAN
a) Pelajar kategori   baik,  sederhana dan lemah
(Dari tingkatan 5 Sains 1 hingga 5 Kemanusiaan 2)
SUMBER KEWANGAN
a) Pelajar dikenakan bayaran RM20.00 sebulan   untuk semua mata pelajaran.
b) Guru-guru yang terlibat akan dibayar mengikut bilangan subjek berkenaan diajar.
KESIMPULAN
Pihak pentadbiran sekolah amat berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ia merupakan  salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu para pelajar mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Kerjasama guru amat diperlukan dalam menjayakan program ini.
PROGRAM KE GERBANG IPT
1.0. PENDAHULUAN
Setiap pelajar mengimpikan kejayaan yang cemerlang untuk masa depan. Langkah pertama ke arah kecemerlangan bermula dengan menjejakkan kaki ke IPT. Pelajar-pelajar perlu bersedia dari segi akademik, fizikal dan mental untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan.Sehubungan dengan itu kesedaran awal  perlu diterap dalam minda pelajar tentang hala tuju mereka dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai kecemerlangan yang diidamkan.Program ini disediakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menghala tujukan pelajar kepada target yang harus dicapai untuk membolehkan mereka memasuki IPT sebagai langkah permulaan kearah kecemerlangan.
2.0.  MATLAMAT
Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai wawasan ke arah kecemerlangan akademik dan meningkatkan motivasi pelajar dengan penganugerahan sebagai galakan.
 
3.0. OBJEKTIF
1. Mendidik pelajar, belajar untuk mencapai kelayakan yang sepatutnya untuk 
        memasuki Matrikulasi dan IPT.
2. Meningkatkan motivasi pelajar  dengan memberikan anugerah-anugerah sebagai 
        galakan.
4.0. INTISARI PROGRAM
Program ini adalah program sepanjang tahun. Penganugerahan galakan pelajar akan
diadakan setiap selepas ujian atau peperiksaan.Penerima anugerah akan menerima sijil mengikut jenis galakan yang diterima.Majlis penganugerahan akan disempurnakan oleh tetamu VIP dan pelajar yang dirai bersama ibubapa akan minum bersama VIP yang dijemput.
5.0. JENIS GALAKAN
Anugerah galakan akan diberikan kepada pelajar dan guru.
5.1. Pelajar
Terdapat 3 jenis anugerah galakan.
5.1.1. Galakan Perdana.
        Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 6 Atas yang akan menduduki peperiksaan
        STPM pada tahun 2006.
(a)   Anugerah Perdana; 
        Kelayakan  
        Mencapai kelayakan masuk ke Universiti ( NGMP minima 2.5 point dan 
        Lulus Pengajian Am)
(b) Sijil Perdana;
 Kelayakan : Mencapai Syarat Sijil Penuh
 Lulus Pengajian Am dan NGMP dalam lingkungan 2.0 hingga 2.49 point
        
5.1.2. Galakan YDP
 
Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 5  yang akan menduduki peperiksaan SPM
pada tahun 2006.
(a) Anugerah YDP;
 Kelayakan : Mencapai kelayakan untuk memasuki matrikulasi.
 
Aliran Sains: - Mendapat agreget kurang atau sama dengan 10 unit untuk 3 mata 
  pelajaran iaitu - Matematik Tambahan 
        - mana-mana 2 matapelajaran Sains Tulen
  (Fizik/Kimia/Biologi)
       - Kepujian dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Aliran Perakaunan   
              - Mendapat agreget kurang atau sama dengan 10 unit untuk 3 mata
          pelajaran iaitu - Matematik Tambahan 
     - mana-mana 2 matapelajaran Teknik
             (Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas)
                  - Kepujian dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris
(b) Sijil YDP
Kelayakan 
              - Mencapai kelayakan untuk memasuki tingkatan 6.
Aliran Sains
              - Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
       - Mendapat agreget kurang atau sama dengan 18 unit untuk 3 mata 
  pelajaran iaitu - Matematik Tambahan 
        - mana-mana 2 matapelajaran Sains Tulen
         (Fizik/Kimia/Biologi)
          
Aliran Sastera
              - Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
       - Mendapat agreget kurang atau sama dengan 12 unit untuk mana-mana    
  3 mata pelajaran.
5.1.3. Galakan Pengetua 
Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 3  yang akan menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2006.
(a) Anugerah Pengetua;
 Kelayakan  - Lulus semua mata pelajaran
                   - Mendapat 6A ke atas.
(b) Sijil Pengetua
 Kelayakan  - Lulus semua mata pelajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mulai tahun 2009, terdapat tiga aliran Matrikulasi KPM:
1. Matrikulasi Sains
2. Matrikulasi Perakaunan
3. matrikulasi Teknikal
Tempoh untuk satu tahun dan dua tahun masih kekal. Pentadbir, guru, PIBG, pelajar dan ibu bapa wajar mengetahui syarat-syarat kemasukan. Terdapat kecenderongan terkini pelajar tidak memilih ke Kolej Matrikulasi KPM tetapi terus ke program ijazah selepas SPM. Mereka akan mendapat ijazah dalam usia 22 tahun. Program Foundation MARA juga sangat menarik untuk calon SPM. Selamat berjaya. Tk
Post a Comment