Monday, September 30, 2013

PERANAN GURU MENJAYAKAN PPPM

PPPM merupakan satu anjakan yang menjadi cabaran kepada semua golongan pendidik . Pendidik perlu tegar memahaminya dan pantas bertindak memainkan peranan masing-masing supaya hasrat KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika kewajaran PPPM terus diragui dan dipersoalkan oleh golongan pelaksana bagaimana hasrat murni tersebut dapat dijayakan. Apabila sesuatu agenda KPM dikemukakan golongan pendidiklah yang sepatutnya menyokong tanpa meraguinya dan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Bila kepentingan peribadi mengatasi segalanya akan wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pendidik. Melihat agenda yang murni ini sebagai tidak memberi kelebihan kepada tugas sebagai pendidik sebenarnya telah meletakkan siapa kita sebenarnya dalam lingkungan pendidikan. Keikhlasan kita perlu dilihat secara telus. Perlu melihat dalam diri bahawa tugas pendidik sekarang amat mencabar dan kita perlu bersedia menerima perubahan. Sering mempertikaikan apa sahaja hasrat murni KPM telah meletakkan diri kita dalam lingkungan insan guru yang berfikiran negatif. Ada saluran yang boleh disampaikan jika ada kekurangan dan berilah komen yang membawa kepada penambahbaikan supaya tidak menjadi seperti kita berlari di padang orang tetapi bertinjit-tinjit di padang sendiri. Sikap pendidik yang sentias bertanya apa kerajaan buat untuk kita perlu dikikis sehabisnya sebaliknya tanyalah diri apa sumbangan kita kepada anak bangsa? dan negara. Maksimumkah tugas kita di sekolah?. Amanahkah kita menjalankan tanggungjawab? Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada golongan pendidik di Malaysia tercinta ini. Bersyukur, bersyukur, bersyukur perkataan paling tepat yang sepatutnya berada dalam hati nurani pendidik di Malaysia tercinta ini.

No comments: