Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2012 telah tamat tempohnya. Kemungkinan ramai guru yang memohon untuk menjadi Guru Cemerlang. Satu jawatan yang cukup mencabar dan amat berat tanggungjawab yang mesti dipikul oleh mereka sama ada rela atau terpaksa menerimanya. Sesetengah GC yang dilantik menganggapnya sebagai satu anugerah dan mesti dijaga title tersebut sebaik-baiknya. Segelintirnya pula tidak kisah dengan gelaran keramat tersebut. Pada mereka bukan mereka yang hendak, tapi pengetua atau guru besar yang melantik mereka. kebanyakannya lantikan tahun 2008. Satu hakikat yang seharusnya difahami dan dihayati ialah setiap guru cemerlang ialah anugerah itu adalah satu pemberian dari Allah yang amat amat bernilai. Hargainya dengan cara bekerja keras tanpa berkira dari segi masa, idea, kos dan sebagainya. Terdapat guru yang bukan guru cemerlang tetapi cara bekerja amat cemerlang. Cemerlang tingkah laku dan tutur katanya, cemerlang kewibawaannya, cemerlang kerjanya dan cemerlang segalanya. Jauh berbeza dengan guru cemerlang yang sedia ada. Mereka ini amat komited terhadap kerja. Tidak mengira masa, tidak banyak kerenah,sentiasa berifkir, bertindak untuk kecemerlangan pelajar. Tahniah buat mereka. Bagaimana dengan GC tidak rasa tercabar. Tercabar kalau GC ada rasa, ada jiwa dan ada keikhlasan sebagai guru sama ada bergelaran atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 14 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:
http://mysoalan.blogspot.de/2012/06/kaji-selidik.html
Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!
http://mysoalan.com/
Post a Comment