Kerjaya pilihan hati atau terpaksa? Sejak dahulu sesetengah insan bernama guru tidak pernah bersyukur atau berterima kasih menjadi insan guru. Merungut, kerja banyak, murid degil, murid dahulu lain sekarang lain. Memenatkan kerjaya guru ini, keluhan yang datangnya dari insan mulia menjadi guru. Sering melihat pelangi di atas kepala orang lain. Jarang menyedari potensi dan kehebatan yang ada pada diri sendiri untuk mendidik anak-anak bangsa. Sering membanggakan kerjaya orang lain tetapi tidak suka membanggakan kerjaya sendiri. Insan yang jauh dari mengucap syukur kerana mempunyai kerjaya yang amat mulia disisi Allah.
Kalau dikata guru kurang berilmu, akan melentinglah guru-guru Malaysia. Tetapi bila ditanya apa itu PIPP atau NKRA? Apa tu tanya mereka semula. Berulang-ulang kali Perdana Menteri menekankan NKRA, tapi guru tak pernah ambil peduli. Berilmukah mereka? Itulah guru Malaysia yang duduk di bawah tempurung mereka tanpa pernah melihat kesusahan orang lain. Jika guru sibuk mencari ilmu dan kaedah terbaik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta membuat pelbagai tugasan rasmi dan tak rasmi tiada masa untuk mereka mengeluh dengan tugas-tugas tersebut.Jika mereka menjadikan kerjaya ini sebagai satu kerjaya yang menyeronokkan dan menggembirakan setiap masa, mereka tidak ada masa untuk mengeluh dengan kerja-kerja seharian sebagai guru. Lihat sekeliling dalam kawasan sekolah. Seorang 'cleaner' pendapatannya hanya lebih kurang RM500.00 sebulan tetapi tetap meneruskan kerja mereka tanpa keluhan. Menitikkah peluh guru setiap hari seperti 'cleaner' di sekolah? Maka akan jawablah guru-guru tersebut, mereka tiada pendidikan tinggi dan tiada kelayakan menjadi guru sebab tu jadi 'cleaner' Tak perlu susah mendidik murid. Kerja hanya ikut arahan bos. Bagaimana pula dengan guru yang hanya kerja ikut arahan pentadbir. Tidak kreatif dan sentiasa mencipta inovasi dalam pengajaran? Apa bezanya dengan 'cleaner'? Padang orang kita berlari padang sendiri berjingkit-jingkit. Itulah guru Malaysia yang hanya tahu dan meminta apa kerajaan boleh beri dan tidak pula tanya pada diri sendiri apa yang mereka boleh beri lebih dari yang diharapkan oleh sekolah dan masyarakat? Renung-renungkanlah betapa ramai orang diluar sana yang tidak mempunyai pekerjaan, orang yang kurang upaya, orang miskin dan fakir. Siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.Sekarang ramai guru jadi dinasour sebelum tibanya masanya. Baru keluar mengajar sudah mencipta pelbagai masalah. Kecerdasan pelbagai yang ditunjukkan oleh guru-guru baru amat menakjubkan. Mencipta pelbagai alasan untuk mengelak dari melaksanakan tugas tambahan, tidak membuat kerja dengan cekap dan sempurna seperti yang diharapkan, bersikap seperti pahat dengan penukul. Kreativiti semasa membuat diploma pendidikan rupanya hanya kosmetik sahaja. Masa senggang kira gaji dan elaun. Bercita-cita nak cepat naik gred. Tumpu pada PTK abaikan tugas hakiki sebagai guru.Harap-harap pihak kementerian terutama sumber manusia lihat-lihatlah siapa yang untung dalam apa saja skim baru yang diwujudkan untuk guru. Terseksakah menjadi guru jika demikian sikapnya? Menjadi pengurus dan pentadbir bilik darjah awal-awal lagi dah gagal. Kelas kotor, tidak ceria dan pelbagai masalah dalam kelaspun tidak dapat diuruskan dengan baik, dah berani mengatakan terseksa menjadi guru.Begitulah insan guru yang mengaku memiliki kerjaya yang mulia tetapi diri sendiri yang menghinakan pekerjaan itu dimata orang lain. Kalau kita selalu mengeluh dan merungut Allah akan beri hasil mengeluh dan merungut. Kalau kita selalu bersyukur dan sabar insyaallah Allah akan beri hasil yang sangat lumayan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hai kwn, bukan semua guru begitu, hanya segelintir saje.
Cikgu masih sentiasa disanjung...
Salam perkenalan Cikgu, Ini ada buku untuk dipanjangkan kepada cik gu pusat sumber untuk penilaian, jika ingin tambah koleksi buku... hubungi saya dapat diskaun yang menarik. layari www.diarikhidmatnegara.blogspot.com
Terima kasih.
Post a Comment