Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan guru atau sesiapa sahaja yang berminat denngan beberapa topik yang berkaitan. Dunia kini bergerak pantas dengan pelbagai maklumat. Perkongsian ilmu adalah secara terbuka dan pantas. Menyimpan ilmu hanya untuk diri sendiri tidak begitu sesuai di zaman yang serba canggih dengan teknologi maklumat ini. Mencari, meneroka, menyampaikan dan mengamalkan ilmu secara maya telah menjadi fenomena yang tidak terkawal. Ilmu berada di hujung jari. Sebagai pengamal ilmu yang tulen, pasti anda akan tercari-cari bahan yang dapat memberikan manfaat kepada perkembangan peribadi anda sendiri. Semuga ruangan yang terhad ini akan memberikan anda sedikit pengetahuan melalui pengalaman sebenar yang dilalui oleh saya untuk sampai ke tahap ini. Kecemerlangan menjadi benteng dalam perjuangan sebagai seorang pendidik. Cekap mendidik bukan hanya setakat di dalam bilik darjah sahaja tetapi ia telah melangkau dunia tanpa sempada ini. Sebagai guru mengajar dan memastikan pelajar mendapat kejayaan cemerlang memang satu kepuasan. Tetapi berkongsi ilmu dan kejayaan dengan orang lain merupakan satu kepuasan yang tiada penghujungnya. Wassalam.
"SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA HAMBANYA JIKA IA MELAKUKAN SESUATU IA AKAN MELAKUKANNYA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hai cikgu rosni yg cute dan baek ati..sy annur.ingat tak?ala cikgu bdk plg cute 6ae 06/07...hehe...
sy skrg kat uum amek kos ekonomi..
satu ari nanti sy nk keje kat EPU..cikgu doakan saya yer..n terima kaseh banyak2 kat cikgu rosni sbb nasihat dan tunjuk ajar cikgu,sy bjaya mjejakkan kaki ke menara gading..jasa cikgu hanya DIA yg mampu balas...
Post a Comment