Thursday, March 19, 2009

PEMANTAPAN ILMU DALAM KALANGAN GURU TINGKATAN 6

Penjenamaan semula tingkatan 6 dinantikan dengan penuh debaran dan teka-teki oleh guru-guru yang mengajar tingkatan 6, terutama yang berkaitan dengan perjawatan mereka. Tanggungjawab perjawatan terletak di pihak Kementerian Pelajaran, tetapi bagaimana pula tahap kesediaan guru-guru tingkatan 6 dalam memantapkan keilmuan mereka untuk mengajar pelajar-pelajar yang tahapnya seperti program pra-U. Adakah guru-guru atau bakal pensyarah ini telah bersedia dengan penambahan ilmu untuk mengajar bakal-bakal siswazah ini? Rata-rata guru tingkatan 6 hanya menunggu bilakah mereka akan dinaikkan taraf ke DG44 atau DG48 atau DG52. Persediaan sebagai tenaga pengajar yang lebih proaktif dan outstanding masih terbatas dan belum nampak dengan jelas. Masih mengajar menggunakan pendekatan lama. Tidak berani menggunakan teknologi terkini seperti ICT dalam P & P. Masih berhujah dengan isi kandungan buku-buku rujukan tanpa memperbaharui fakta yang boleh didapati di hujung jari dan masih terikat dengan idea dan falsafah lama. Guru masih melaksanakan tugas rutin sebagai guru. Penambahbaikan dari segi P & P atau pengurusan kerja yang selayaknya untuk mencapai tahap tertinggi masih belum dicapai. Jika perjawatan sahaja yang diambil peduli oleh bakal-bakal pensyarah ini, bermakna tiada perbezaan sebelum atau selepas penjenamaan semula tingkatan 6. Tiada bezanya dengan guru-guru yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selalunya guru hanya menunggu arahan apa perlu dilaksanakan tanpa mahu berfikir ke hadapan apa yang patut dilaksanakan untuk memantapkan kedudukan mereka sebagai guru terutama guru tingkatan 6. Atas kesedaran bahawa apabila kita telah diletakkan di tempat yang terbaik, kita sepatutnya membalas dengan cara bekerja 10 kali terbaik, sesuai dengan taraf yang telah dianugerahkan kepada kita. Barulah selesa apabila kita digelar pensyarah di sekolah.

5 comments:

xxxx said...

Sudah bulan Mac, tiada surat lantikan DG44 bagi guru T6. Agak bila?

mofab said...

assalamualaikum cikgu rosni...saya faizal...bekas pelajar smst...sy ucapkan syabas atas nukilan blog cikgu...sy bg pihak rakan2 pelajar batch 1980 mengucapkan semoga smst semakin cemerlang di melaka...sy dgn rendah ht menjemput cikgu melayari http://groups.yahoo.com/group/SMST_1980/ yg mana grup ini adalah beberapa bekas pelajar smst 1980...sy minta jasa baik cikgu memberi email cikgu atau terus menghantar email kepada sy mfaborn27@yahoo.co.uk. ini bertujuan untuk menjemput guru2 lain menyertai grup smst...coz sy ingin meminta email cikgu yg lain untuk melayari grup kami ini.

anisayuni said...

Assalamualaikum, sihat sejahtera selalu hendaknya. Saya menyelusup masuk ke sini dari planet Hasif. Alhamdulillah bertemu Rosni di sini. Nanti singgahlah ke blog saya. anisayuni21.blogspot.com. Tapi tak adalah kisah2 serius ... dunia penulisan saya.

pergerakan pengakap 44 smk puncak alam said...

bagaimana perjawatan tingkatan 6 diagihkan. kami kelas B guru 5 shj tapi yang dilantik sbg pk adalahguru lain yang belum dilantik. cam ne...

Pesa said...

akum,cikgu nama saya faisal.nak bertanya ada tak guru atau staff bernama ROSNAH BT HUSSEIN kerja kat situ .sebab orang ni claim dia guru kat situ dalam dokumen mahkamah.kalau dia bukan guru di situ ini adalah satu penipuan.dia mggunakan nama sekolah untuk menipu HAKIM bahawa dia berkerja di sekolah tu.harap cikgu dapat siasat tentang ini.sebab ini melibatkan nama baik sekolah cikgu.