Monday, September 30, 2013

PERANAN GURU MENJAYAKAN PPPM

PPPM merupakan satu anjakan yang menjadi cabaran kepada semua golongan pendidik . Pendidik perlu tegar memahaminya dan pantas bertindak memainkan peranan masing-masing supaya hasrat KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika kewajaran PPPM terus diragui dan dipersoalkan oleh golongan pelaksana bagaimana hasrat murni tersebut dapat dijayakan. Apabila sesuatu agenda KPM dikemukakan golongan pendidiklah yang sepatutnya menyokong tanpa meraguinya dan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Bila kepentingan peribadi mengatasi segalanya akan wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pendidik. Melihat agenda yang murni ini sebagai tidak memberi kelebihan kepada tugas sebagai pendidik sebenarnya telah meletakkan siapa kita sebenarnya dalam lingkungan pendidikan. Keikhlasan kita perlu dilihat secara telus. Perlu melihat dalam diri bahawa tugas pendidik sekarang amat mencabar dan kita perlu bersedia menerima perubahan. Sering mempertikaikan apa sahaja hasrat murni KPM telah meletakkan diri kita dalam lingkungan insan guru yang berfikiran negatif. Ada saluran yang boleh disampaikan jika ada kekurangan dan berilah komen yang membawa kepada penambahbaikan supaya tidak menjadi seperti kita berlari di padang orang tetapi bertinjit-tinjit di padang sendiri. Sikap pendidik yang sentias bertanya apa kerajaan buat untuk kita perlu dikikis sehabisnya sebaliknya tanyalah diri apa sumbangan kita kepada anak bangsa? dan negara. Maksimumkah tugas kita di sekolah?. Amanahkah kita menjalankan tanggungjawab? Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada golongan pendidik di Malaysia tercinta ini. Bersyukur, bersyukur, bersyukur perkataan paling tepat yang sepatutnya berada dalam hati nurani pendidik di Malaysia tercinta ini.

Tuesday, January 22, 2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKTIONAL

Melindungi Masa Instruksional merupakan salah satu elemen yang penting dalam kepimpinan instruktional di sekolah. Dalam kalangan pendidik masih kabur dengan istilah ini. Alasan amat mudah, pemimpin di sekolah tidak menjelaskan dengan sejelas-jelasnya makna MMI. Tanya pada guru apa itu MMI, mereka akan bertanya semula MMI tu apa?  Dalam kalangan pemimpin organisasi pendidikan di Malaysia ada yang mengambil mudah dengan dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh pihak KPM. Mereka yang tahu menyimpan maklumat tersebut untuk diri sendiri dan bertambah malangnya lagi guru-guru di bawah pemimpin organisasi pendidikan tidak menghiraukan langsung dasar-dasar baru KPM. Tanyalah rakan-rakan guru apa itu NKRA, PPPM, KPI dan sebagainya, jawapan amat mudah kami tak perlu tahu. Yang penting masuk kelas mengajar dan habiskan silibus. MMI amat penting diketahui oleh semua pendidik. Isu, fokus, cara penyelesaian perlu diberitahu oleh kepimpinan sekolah. Semua pihak perlu bergerak bersama-sama untuk melaksanakan MMI di sekolah.