Sunday, May 22, 2011

KECEMERLANGAN GURU CEMERLANG

Guru cemerlang menjadi harapan setiap warga sekolah sebagai seorang yang boleh membantu menjadi ejen perubahan kepada sesebuah sekolah. Sayangnya kecemerlangan mereka kadangkala dipertikaikan oleh pihak pentadbir dan rakan guru sendiri. Di mana silapnya? Diri sendiri, rakan sejawat yang tidak menyokong, pihak pentadbir yang memandang sinis atau faktor sekeliling yang tidak memberangsangkan. Tanya pada diri. Sudahkan menggunakan pengiktirafan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Berapa banyak sumbangan yang telah diberi kepada kemajuan pihak sekolah. Atau selalu mempersoalkan apa yang sekolah boleh beri kepada mereka. Isu GC tidak pernah berkesudahan terutama GC yang dilantik oleh pengetua dan tidak melalui pemantauan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.Kecemerlangan mereka sering dipertikaikan. Jika sekali sudah bergelar guru cemerlang kekalkan lah kecemerlangan itu. Kalau dah nasib jadi GC, perbaikilah diri jangan hanya menyerah tanpa berusaha ke tahap kecemerlangan. Banyak cara boleh dipilih untuk menjadi guru yang benar-benar cemerlang. Banyak peluang diberi, banyak sumber boleh dirujuk. Rakan, pentadbir, PPD, JPN malah Jemaah Nazir juga bersedia untuk membantu GC ke arah kecemeralangan. Berusaha agar tidak berterusan dicemuh, dikata, diperli. Selalu muhasabah diri, cari rakan yang sentiasa positif yang membantu ke arah kecemerlangan dan sentiasa memberi dorongan dan motivasi. Selamat menjadi GC. KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Friday, January 14, 2011

KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Guru cemerlang merupakan guru yang amat diharapkan oleh pihak sekolah untuk membantu kecemerlangan pelajar terutama dalam pencapaian akademik. Guru cemerlang sering dilabelkan sebagai guru yang serba boleh. Maka kalau boleh semua tugas mesti dipegang oleh guru cemerlang. Telah wujud satu fenomena di sekolah seolah-olah hanya guru cemerlang sahaja yang layak untuk melaksanakan tugas-tugas di sekolah.Wujud satu tanggapan bahawa segala tugas guru lain tidak perlu bersusah payah untuk menggalasnya kerana telah ada guru cemerlang. Apa sahaja program, guru cemerlang yang mesti bertanggungjawab. Sehingga kadang-kadang guru lain berpendapat mereka tidak perlu bersusah payah untuk sekolah. Pentadbiran yang bijaksana tahu menyeimbangkan peranan guru cemerlang dengan guru yang lain. Mereka akan membentuk satu pasukan guru yang mempunyai semangat esprit de corp dalam kalangan guru di sekolah. Mereka amat bijak menggunakan guru cemerlang sekolah mereka sebagai tulang belakang yang membantu tanpa jemu dan terpaksa dalam melahirkan insan guru dan pelajar yang benar-benar cemerlang. Bukannya pentadbiran yang mengikut emosi guru-guru bukan cemerlang. Mereka tahu dan kenal GC mereka yang berkebolehan yang dapat diguna pakai idea-idea cemerlang mereka.Sentiasa berganding bahu, mesra, berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan. Tanggapan yang positif akan membentuk daya fikir GC yang lebih baik dan berwibawa dan kecemerlangan mereka akan berterusan meningkat serta tanpa jemu-jemu untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada kecemerlangan sekolah.