Tuesday, December 2, 2008

PENJENAMAAM SEMULA TINGKATAN 6 DI SMK SERI TANJONG MELAKA

Pada 1 hingga 4 Disember 2008 berlangsung seminar tingkatan 6 di IAB Utara, Jitra Kedah. Perubahan tingkatan 6 telah berlaku di SMK Seri Tanjong sebaik sahaja Kementerian Pelajaran mengumumkan penjenamaan semula tingkatan 6. Pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama semua guru tingkatan 6 telah memutuskan untuk menamakan penjenamaan semula tingkatan 6 di SMK Seri Tanjong kepada Program Persediaan Universiti. Dalam penulisan ini apa yang hendak ditekankan ialah usaha pihak sekolah yang telah mendahului dalam menyahut cabaran Kementerian Pelajaran. Pada dasarnya SMK Seri Tanjong boleh dikatakan telah bersedia hampir sepenuhnya dalam usaha memartabatkan tingkatan 6. Hampir semua aspek telah diambil kira dan langkah-langkah telah dan sedang diambil. Pada masa sekolah-sekolah lain masih samar-samar dengan penjenamaan semula tingkatan 6, SMK Seri Tanjong telah melaksanakannya dengan sentiasa bersedia dalam segala aspek untuk tujuan pebambahbaikan. Dalam kalangan pendidik terutama yang terlibat dalam tingkatan 6 isu yang paling besar pada mereka adalah berkaitan dengan perjawatan. Tetapi berbeza dengan kami di SMK Seri Tanjong, kita mengambil langkah melaksanakan program ini bersesuaian dan mengikut kemampuan dengan segala sumber yang ada. Perjawatan biar Bahagian Sumber Manusia yang fikirkan. Misi kami ialah membuat kerja yang sepatutnya dibuat 10 atau 15 tahun dulu. Beberapa orang guru dari SMK Seri Tanjong termasuk pentadbir telah membantu Jabatan Pelajaran Melaka serta Kementerian Pelajaran dibawah Dr RosAmnah untuk merealisasikan Program Persediaan Universiti ini menjadi realiti. Dalam satu bengkel yang telah dihadiri bersama oleh guru-guru tingkatan 6, wakil JPN dan Kementerian telah menghasilkan beberapa contoh keperluan dan indikator untuk pelaksanaan program ini. Adalah diharapkan hasil dari seminar yang telah dihadiri oleh wakil pengetua, JPN, Kementerian, guru-guru dan pihak lain akan menghasilkan satu model yang sangat sesuai dan bertepatan dengan kehendak Sistem Pendidikan Negera yang kelangsungan hayat pendidikan akan dihayati oleh semua pelajar lepasan SPM. Semuga tingkatan 6 tidak menjadi pilihan terakhir pelajar dan ibu bapa untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti sedikit masa dulu seperti kerjaya guru menjadi pilihan terakhir mereka yang terdesak dalam mencari perkerjaan.