Tuesday, June 17, 2008

KAJIAN PSS

Satu kajian ringkas sedang dijalankan berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar di sekolah SMK Seri Tanjong mengenali PSS mereka sendiri. Pusat Sumber SMK Seri Tanjong merupakan johan kategori luar bandar bagi pertandingan Pusat Sumber Cemerlang tahun 2007. Pada tahun 2008 PSS SMK Seri Tanjong akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan PSS cemerlang. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 6. Sebanyak 10 soalan dikemukakan kepada mereka. Adalah diharapkan hasil kajian ini akan menjadi panduan kepada pihak pentadbiran sekolah dalam pengurusan PSS di sekolah dan boleh dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan PSS.