Friday, January 14, 2011

KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Guru cemerlang merupakan guru yang amat diharapkan oleh pihak sekolah untuk membantu kecemerlangan pelajar terutama dalam pencapaian akademik. Guru cemerlang sering dilabelkan sebagai guru yang serba boleh. Maka kalau boleh semua tugas mesti dipegang oleh guru cemerlang. Telah wujud satu fenomena di sekolah seolah-olah hanya guru cemerlang sahaja yang layak untuk melaksanakan tugas-tugas di sekolah.Wujud satu tanggapan bahawa segala tugas guru lain tidak perlu bersusah payah untuk menggalasnya kerana telah ada guru cemerlang. Apa sahaja program, guru cemerlang yang mesti bertanggungjawab. Sehingga kadang-kadang guru lain berpendapat mereka tidak perlu bersusah payah untuk sekolah. Pentadbiran yang bijaksana tahu menyeimbangkan peranan guru cemerlang dengan guru yang lain. Mereka akan membentuk satu pasukan guru yang mempunyai semangat esprit de corp dalam kalangan guru di sekolah. Mereka amat bijak menggunakan guru cemerlang sekolah mereka sebagai tulang belakang yang membantu tanpa jemu dan terpaksa dalam melahirkan insan guru dan pelajar yang benar-benar cemerlang. Bukannya pentadbiran yang mengikut emosi guru-guru bukan cemerlang. Mereka tahu dan kenal GC mereka yang berkebolehan yang dapat diguna pakai idea-idea cemerlang mereka.Sentiasa berganding bahu, mesra, berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan. Tanggapan yang positif akan membentuk daya fikir GC yang lebih baik dan berwibawa dan kecemerlangan mereka akan berterusan meningkat serta tanpa jemu-jemu untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada kecemerlangan sekolah.