Saturday, April 26, 2008

MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EKONOMI ASAS

TAJUK : FIRMA SEBAGAI PENGELUAR
SUB TAJUK : KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK
RUJ HSP : 4.1
MASA : 80 MINIT
BIL. PELAJAR : 35 ORANG

OBJEKTIF UMUM :
Pelajar memahami jenis-jenis kos pengeluaran dalam proses pengeluaran jangka pendek dengan menumpukan kemahiran berfikir dan generic.

OBJEKTIF KHAS :
Pelajar boleh :
a. menerangkan jenis-jenis kos pengeluaran jangka pendek dengan tepat.
b. menggunakan rumus untuk mengira jumlah kos, kos purata dan kos sut/marginal
dengan tepat.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pelajar sudah mengetahui maksud kos pengeluaran dan mengenal pasti jenis-jenis kos pengeluaran jangka pendek.

BBM
Lampiran 1 (skrip – dialog) Lembaran kerja. 3
Lembaran kerja 1 Lembaran Kerja 4
Lembaran kerja 2

INDUKSI SET (Main Peranan)

Dua orang pelajar dipilih untuk memainkan peranan sebagai seorang wartawan dan pengusaha kedai buku. Rujuk lampiran 1.

LANGKAH PENGAJARAN
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1. Pelajar diminta membuat inferens tentang
jenis-jenis kos pengeluaran jangka pendek.
2. Pelajar menyemak jawapan dan guru membuat rumusan tentang jenis-jenis kos
pengeluaran jangka pendek.
3. Guru mengedarkan lembaran kerja 2 (aktiviti kumpulan – 7 kumpulan )
4. Guru memberi rumus, setiap kumpulan diminta mengira jumlah kos, kos purata dan
kos sut dengan bimbingan guru.
5. Satu kumpulan dipilih untuk membentang hasil kerja mereka dan kumpulan lain
menyemak.
6. Setiap kumpulan diminta merumuskan satu jenis kos.
7. Guru menilai pelajar dengan mengedarkan lembaran kerja 3 untuk tujuan pemulihan
dan pengayaan.

PENUTUP
a. Latihan pengukuhan (lembaran kerja 4) diberi sebagai kerja rumah.
b. Pelajar diminta melayari internet untuk melihat kos-kos yang terlibat dalam
sesebuah syarikat awam (kumpulan pengayaan).


LAMPIRAN 1

SKRIP – DIALOG

Temubual antara wartawan Majalah Fokus dengan seorang pengusaha kedai buku.

Ali : Wartawan
Johari : Pengusaha kedai buku

Ali : Berapa lamakah anda telah menjalankan perniagaan kedai buku?

Johari : Dah lima tahun.

Ali : Bagaimanakah perkembangan perniagaan anda sekarang?

Johari : Alhamdulillah, baik dan perniagaan saya semakin maju.

Ali : Berapa ramaikah pekerja yang terdapat di kedai anda?

Johari : Terdapat lima orang pekerja, setiap pekerja dibayar RM450.00 sebulan.

Ali : Apakah perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan di kedai anda?

Johari : Saya juga menyediakan perkhidmatan fotostat.

Ali : Berapakah anggaran hasil jualan dari perniagaan kedai buku anda?

Johari : Lebih kurang RM10,000.00 sebulan.

Ali : Lumayan juga ya! Bagaimana pula tentang perbelanjaan-perbelanjaan lain?

Johari : Perbelanjaan-perbelanjaan yang lain ialah sewa kedai, bil elektrik dan air, bil telefon dan kos pengangkutan. Ada juga bayaran faedah atas pinjaman bank. Kesemuanya berjumlah lebih kurang RM7,000.00.

Ali : Terima kasih, semoga perniagaan anda terus berjaya.

LEMBARAN KERJA 1
Bil elektrik a
Bil air a
Sewa b
Bil telefon a
Pengangkutan a
Faedah pinjaman bank b

Apakah a dan b?

LEMBARAN KERJA 2

Lengkapkan jadual di bawah :

Jumlah Keluaran Kos Tetap Kos Berubah Jumlah Kos Kos Purata Kos Sut
(unit) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(1) (2) (3) (4) = (2) + (3) (5) = (4) (1) (6) = (4) (1)
0 10 0 10 - -
1 10 59
2 10 64
3 10 84
4 10 110
5 10 140

LEMBARAN KERJA 3

Arahan : Tanda  (Betul) dan X (Salah) di dalam kotak yang disediakan.

BIL MAKLUMAT BETUL SALAH
1 Kos pengeluaran jangka pendek terdiri daripada kos tetap dan
kos berubah.
2 Kos tetap ialah pembayaran ke atas faktor tetap.
3 Kos tetap sifar apabila tiada keluaran.
4 Faedah pinjaman merupakan kos berubah
5 Kos berubah tidak berubah apabila output berkurangan
6 Upah buruh merupakan kos berubah.
7 Sewa kedai merupakan kos berubah.
8 Kos tetap tidak akan berubah walaupun firma menambahkan
keluaran manakala kos berubah akan berubah secara langsung
dengan perubahan dengan tingkat keluaran.
9 Buruh ialah kos berubah.
10 Pembayaran bil air dan elektrik oleh firma ialah kos berubah.

Catatan : Pelajar-pelajar yang pencapaian melebihi 50% diberi latihan pengayaan manakala yang kurang daripada 50% diberi latihan pemulihan.


LEMBARAN KERJA 4
1. Lengkapkan jadual berikut :

Kuantiti Keluaran Jumlah Kos Kos Berubah Kos Purata Kos Sut
(unit) (RM) (RM) (RM) (RM)
0 100
1 30 30
2 165 35
3 207 69 42
4 256 156
5 300 60 44


Rancangan Pelajaran Ekonomi Asas

Tajuk:
1.0 Pengenalan Kepada Ekonomi

Sub-Tajuk:
1.3 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

Latar Belakang Kelas
Tingkatan : 4
Masa : 80 minit
Tahap Kebolehan : Sederhana / Cemerlang

Pengetahuan Sedia ada :
Murid telah memahami masalah ekonomi, masalah asas ekonomi dan sistem ekonomi kapitalis, campuran dan perancangan pusat

BBM:
Lembaran Kerja 1, 2 dan 3,
Lampiran 1
Tabung duit syiling
Kertas mahjong dan pen marker

Objektif Umum :
Murid dapat memahami ciri-ciri sistem ekonomi Islam dengan menumpukan kepada kemahiran berfikir dan kemahiran generik

Objektif Khas :
Murid dapat:
1. menyenaraikan ciri-ciri sistem ekonomi Islam
2. membezakan ciri-ciri sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat

Set Induksi :
1. Guru memberikan tabung/bekas yang mengandungi mata wang 2 buah negara dan meminta murid meneka isi kandungannya
2. Guru membuka tabung dan menunjukkan kandungannya kepada murid
3. Guru meminta murid memberitahu nama negara yang menggunakan mata wang yang ditunjukkan itu
4. Guru mengaitkan mata wang tersebut dengan tajuk yang hendak diajar.

Langkah-Langkah Penyampaian:
1. Guru meminta 2 orang murid untuk melakonkan dialog yang disediakan
2. Guru meminta murid memberi perhatian kepada perbualan di antara 2 orang pelancong dalam lakonan tersebut kerana aktiviti susulan adalah berdasarkan lakonan tersebut
3. Selepas aktiviti main peranan selesai, guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberi Lembaran Kerja 1 untuk rujukan perbincangan kumpulan
4. Guru meminta setiap kumpulan melantik seorang pengerusi dan mengisi lembaran kerja yang diberikan
5. Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membuat pembentangan
6. Guru membuat rumusan tentang ciri-ciri sistem ekonomi Islam
7. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 2 (Perbandingan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat) dan ahli kumpulan diminta menganalisis sebelum mengisi lembaran kerja tersebut
8. Guru meminta wakil kumpulan untuk membuat pembentangan
9. Guru membuat rumusan tentang perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi perancangan pusat
10. Guru membuat pengkelasan murid berdasarkan hasil pembentangan dan soal-jawab murid untuk tujuan jenis tugasan rumah

Penegasan Semula Isi-Isi Penting:
Guru memaklumkan semula ciri-ciri sistem ekonomi Islam dan perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat

Penutup:
1. Murid diminta memberi maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini (senang, susah, menarik atau membosankan)
2. Guru mengingatkan murid tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berikutnya yang berkaitan dengan tajuk ini.
3. Murid diberi tugasan sebagai kerja rumah (Lembaran Kerja 2 (pemulihan) atau Lembaran Kerja 3 (pengukuhan))

Lembaran Kerja 1

Berdasarkan dialog di antara 2 tokoh tersebut, senaraikan ciri-ciri sistem ekonomi Islam dalam ruang di bawah.

Bil Ciri-Ciri
Sistem Ekonomi Islam Ciri-Ciri
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat


LEMBARAN KERJA 2

Arahan: Lengkapkan jadual di bawah untuk membezakan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat


BIL CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI ISLAM SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1
Pemilikan sumber ekonomi




2
Pilihan pengguna





3

Penentuan harga barang




4
Motif keuntungan





5
Persaingan





6
Pembuat Keputusan






LEMBARAN KERJA 3

Soalan 1:

Berdasarkan pernyataan di atas, setujukah anda dengan pernyataan tersebut?
Beri alasan untuk menyokong pendirian anda.

Soalan 2:
Pada pandangan anda, adakah sistem ekonomi Islam boleh menggantikan sistem ekonomi campuran di Malaysia pada masa akan datang ?

LAMPIRAN 1

DIALOG

(Dua orang pelancong sedang dalam penerbangan ke London. Seorang pelancong dari Negara Arab dan seorang lagi dari Negara Korea Utara. Mereka duduk bersebelahan dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain)
Syed Hassan Al Farouqi : Hai, apa khabar? Saudara tengah baca apa tu…?
Chow Chin Chau : Khabar baik. Saya tengah baca berita ekonomi semasa..
Syed Hassan Al Farouqi :Saya kagum dengan ekonomi negara Korea Utara yang semakin maju. Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan di negara saudara…?
Chow Chin Chau :Kerajaan yang banyak membuat keputusan ekonomi dalam negara manakala individu atau firma swasta tiada kuasa untuk membuat keputusan.
Syed Hassan Al Farouqi :MasyaAllah…..banyak susahlah…negara saudara tu kuku besi lah… Di negara saya Arab Saudi, keputusan ekonomi ditentukan oleh pengguna dan pengeluar berdasarkan kepada prinsip dan rukun Islam….Bagaimana pula dengan pemilikan sumber ekonomi di negara saudara?

Chow Chin Chau :Ayaaa…banyak susah oooh… semua sumber ekonomi, kerajaan yang punya dan saya tidak bebas memilikinya..Contohnya tanah tidak boleh kami milikinya.
Syed Hassan Al Farouqi :Di negara saya…… sumber adalah hak milik mutlak Allah SWT. Saya ni cuma sebagai pemegang amanah sahaja. Saya dan saudara bebas mencari kekayaan di dunia untuk kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Chow Chin Chau :Wah…..! banyak bagus lah…Baju saudarapun sangat cantik..mesti di negara saudara banyak pilihan.. Di negara saya, pilihan barangan tidak wujud dan semuanya ditentukan oleh kerajaan. Sungguh tidak puas hati…
Syed Hassan Al Farouqi :Di negara saya banyak pilihan barangan dan semua orang boleh melakukan pekerjaan asalkan tidak bercanggah dengan hukum Islam.
Chow Chin Chau :Oooh…! Begitu.. saya faham..Berapa harga baju yang saudara pakai tu? Cantiklah…
Syed Hassan Al Farouqi :Terima kasih .Harga baju saya ni murah saja iaitu sama dengan RM50 ..Di negara saya harga barangan ditentukan oleh kuasa pasaran yang berdasarkan prinsip dan rukun Islam.
Chow Chin Chau : Di negara saya pula.. harga barangan ditentukan oleh pihak kerajaan. Kalau harga kasut di Peking sama dengan RM20, di Guangzhou pun RM20…Harganya adalah tetap .
Syed Hassan Al Faruoqi :Negara kita memang banyak perbezaan..Saya nak tanya, apakah pekerjaan saudara?
Chow Chin Chau :Saya seorang pengusaha kilang kain sutera tetapi perniagaan saya tidak berapa menguntungkan kerana untung tidak bebas diterima dan persaingan pun kurang, jadi daya usahapun kurang.Susahlah…Apa pula pekerjaan saudara?
Syed Hassan Al Farouqi :Saya seorang pengusaha minyak wangi dan perniagaan saya sangat menguntungkan. Di negara saya semua orang boleh bersaing untuk memperolehi pendapatan dan kekayaan tetapi riba tidak dibenarkan. Semua perniagaan mesti berlandaskan prinsip Islam iaitu kesederhanaan dan bukannya penindasan. Contohnya orang yang kaya macam saya ni…perlu membayar zakat bagi membantu orang yang kurang berada…. Syukur alhamdulillah..

Wednesday, April 23, 2008

E-LEARNING

UNTUK MENGIKUTI PEMBELAJARAN E-LEARNING SILA KLIK DI SINI

INOVASI SERI

1. Nama Program Inovasi : Program Lonjakan Kecemerlangan.

i) Program ke Gerbang IPT (PMR,SPM,STPM)
ii) Program Cemerlang Bestari (PMR)
iii) Program Asak Minda (SPM)
iv) Program Eksplorasi (STPM)

2. Tujuan Program Inovasi
i) Memupuk budaya kecemerlangan di kalangan pelajar

ii) Sentiasa meningkatkan daya saing di kalangan pelajar

iii) Membantu pelajar mencapai visi dan misi masing-masing seiring visi dan
misi sekolah

iv) Mendidik pelajar belajar untuk mencapai kelayakan yang sepatutnya untuk
memasuki Matrikulasi dan IPT


3. Kumpulan sasaran

i) Semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM

4. Aktiviti

i) Program ke Gerbang IPT

Pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang mengikut syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan sijil penghargaan mengikut kelayakan mereka pada setiap kali ujian atau peperiksaan dalaman yang diadakan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar yang cemerlang di kalangan mereka juga akan dipilih sebagai anak angkat pengetua dan diberikan hadiah baucer RM100.00 untuk pembelian buku rujukan dan peralatan pembelajaran.


ii) Program Cemerlang Bestari, Program Asak Minda

Merupakan program sokongan kepada Program ke Gerbang IPT dan menjadi program yang membantu untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar. Pelajar yang berminat dan mempunyai kemampuan dari segi kewangan menyertai program ini. Ia lebih merupakan program berbentuk tuisyen berbayar. Pengisian program ini adalah lebih kepada latih tubi dan modul-modul disediakan mengikut panitia masing-masing.

iii) Program Eksplorasi

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar- pelajar tingkatan 6. Setiap hari pelajar akan tinggal di sekolah untuk membuat ulangkaji, perbincangan kumpulan atau kerja rumah yang dibekalkan oleh guru sehingga jam 4.30 petang Mereka dibenarkan memilih kawasan sekolah yang mereka rasa selesa untuk belajar seperti perpustakaan, Dataran Seri Nilam, Edu Café, Taman Kelab Setia atau bilik darjah.

5. Impak

i) Pelajar bersaing di antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan.
ii) Menjadi dorongan kepada pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan mereka.
iii) Keputusan peperiksaan menjadi penanda aras kepada keputusan yang sebenar.
iv) Ibu bapa dan masyarakat setempat bersama- sama memberikan sokongan kepada
program ini.
v) Memperluaskan penggunaan tempat atau kawasan sekolah sepenuhnya.
(Program Eksplorasi)

Program ini mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, guru dan ibu bapa. Maklum balas daripadaibu bapa yang diwakili oleh Persatuan Ibu Bapa danGuru (PIBG) sentiasa diperolehi oleh pihak sekolahuntuk tujuan penambahbaikan. Setiap kali program
ini dilaksanakan ibu bapa yang anak merekamendapat keputusan cemerlang akan dijemputbersama ke majlis tersebut. Program ini telahdisebarkluaskan ke peringkat kawasan, daerah danjuga negeri. Ini disebabkan setiap kali program dilaksanakan pihak sekolah akan menjemput wakil-wakil dari PPD atau Jabatan Pelajaran Melaka untuk memberikan ucapan dan menyampaikan anugerah kepada pelajar. Oleh itu secara tidak langsung semua pihak menyedari dan memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk meneruskanprogram ini.

1. Nama Program Inovasi

Pembestarian Seri Tanjong

2. Tujuan Program Inovasi

i) Melengkapkan sekolah dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan
aplikasi, latihan guru serta program pengurusan perubahan yang bersesuaian dan
mencukupi.
ii) Membudayakan ICT dalam persekitaran sekolah
iii) Menghasilkan pelajar dan guru yang mahir dalam ICT
iv) Merapatkan jurang ICT di kalangan pelajar dan guru
v) Menggalakkan murid menggunakan ICT untuk melaksanakan tugasan pembelajaran

3. Kumpulan Sasaran

Semua guru dan pelajar

4. Aktiviti

i) Menyediakan makmal pengkomputeran

- Siber Seri 1
- Siber Seri 2
- Siber Seri 3 (PIBG)
- Siber Seri 4 (Pusat Akses)
- Siber Seri 5

ii) Menyediakan kemudahan Akses Internet Jalur Lebar

- Schoolnet
- Streamyx (Pembiayaan PIBG)
- LAN (Local Area Network)
- Wireless

iii) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

iv) Pengajaran dan pembelajaran berintergrasikan ICT dalam semua mata pelajaran

v) Kemudahan Pengautomasian Pusat Sumber

vi) Menyediakan Sistem Maklumat Murid (SSM)

5. Impak

i) Penggunaan ICT di kalangan warga sekolah dapat
diperluaskan
ii) Memperolehi sokongan daripada PIBG sekolah. Pihak sekolah dengan kerjasama
PIBG telah menubuhkan Siber 3 dengan pembiayaan sepenuhnya oleh PIBG. Kelas
literasi computer telah diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2.
iii)Penggunaan internet tanpa wayar tanpa had oleh pelajar dan guru di kawasan
sekolah

6. Ulasan

Walaunpun SMK Seri Tanjong tidak terpilih sebagai sekolah bestari, tetapi pihak sekolah
dengan sokongan PIBG dan masyarakat setempat telah mengambil inisiatif sendiri untuk
mewujudkan suasana sekolah yang mengintergrasikan ICT. Ini terbukti dengan
kewujudan Siber 3 yang diwujudkan tahun 2000 yang mendahului projek Komputer
daripada Kementerian Pendidikan. Pihak sekolah sentiasa mengikut perkembangan semasa dan kadang kala bergerak lebih ke hadapan untuk memastikan ICT menjadi budaya dan dapat dimanafaatkan oleh semua warga. Sasaran pembestarian dari segi hardware (infrastruktur/perkakasan), Sotware (Aplikasi, Perisian, dan Informasi), pengajaran dan pembelajaran, dan pentadbiran sekolah hampir mencapai sasaran sepenuhnya. Ini terbukti dengan adanya jumlah , 5 buah makmal komputer, Schoolnet, Streamyx ,Infrastruktur LAN dan pengajaran dan pembelajaran interaktif.

1. Nama Program Inovasi

Pusat Sumber Bestari

2. Tujuan Program Inovasi

i) Memperluaskan unit-unit Pusat Sumber di kawasan sekolah
ii) Menyediakan tempat yang lebih kondusif sebagai alternatif pembelajaran dalam
bilik darjah
iii) Memperkukukan proses P & P

3. Kumpulan Sasaran

Semua guru dan pelajar

4. Aktiviti

i) Menyediakan Bilik-bilik Khas mengikut konsep mata pelajaran.

- Bilik Zaaba (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina
- Bilik BUMI ( Best Understanding of Matemathic Information – Matematik)
- Anjung Lestari (Geografi)
- Seri Warisan (Sejarah)
- Bilik Wawasan (Pendidikan Moral)
- Aspirasi PSK (Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
- Maktabah Darulhikmah (Pendididkan Islam)
- Galari Seni (Pendidikan Seni Visual)
- Bilik ERT dan Masakan (Kemahiran Hidup)
- Bilik SAL/PAK (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

ii) Menyediakan persekitaran pendidikan bestari di kawasan sekolah secara terbuka/Pembelajaran di Luar Bilik Darjah

- Edu Café
- Dataran Seri Nilam
- Eco Green
- Taman Kelab Setia

5. Impak

i) Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang berlatar belakangkan
subjek tertentu.
ii) Kemudahan ICT dalam setiap bilik dapat dimanafaatkan oleh semua guru dan
pelajar
iii)Memudahkan guru memperoleh Bahan Bantu Mengajar yang tersedia dalam bilik-
bilik tersebut.
iv )Kemudahan peralatan dan bahan sokongan dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru
vi) Pelajar merasa selesa dan berminat ketika proses pembelajaran

6. Ulasan

Program Pusat Sumber Bestari merupakan salah satu program yang menjadi sokongan kepada kurikulum sekolah. Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah akan membantu kecemerlangan dalam akademik. Program ini juga membantu pihak sekolah menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam akademik dan sahsiah mereka. Kemudahan infrasruktur, peralatan , bahan BBM dan kemudahan ICT adalah
merupakan satu cara memperkayakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada guru dan pelajar. Kemudahan penyediaan Pusat Sumber Bestari ini sebenarnya memperluaskan lagi konsep bahawa Pusat Sumber berada di mana-mana di persekitaran sekolah.

MODAL INSAN SMK SERI TANJONG

Teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menegaskan bahawa, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya.
Adman Smith (1776) , menyatakan modal manusia didefinisikan sebagai modal tetap. Beliau menyatakan:
“…….. Ia tidak termasuk manusia sebagai modal manusia, walau bagaimanapun semua manusia mencari pendidikan, atau latihan ia memerlukan perbelanjaan, oleh itu manusia dianggap sebagai modal tetap…..” (sumber: Shahril Marzuki),

Alfred Marshall (1930) menyatakan bahawa manusia dianggap modal, dimana melalui latihan dan pengalaman akan meningkatkan pengeluaran pekerja dan akhirnya mempunyai kesan kepada ekonomi negara. ( Sumber : Shahril Marzuki)
Schultz (1963), pula menyatakan bahawa manusia ialah modal terutama apabila manusia mempunyai pengetahuan atau ilmu dan kemahiran yang diperolehi melalui pendidikan. (Sumber: Shahril Marzuki).
Modal insan juga ditakrifkan oleh Mincer dan Gary Backer sebagai aset-aset yang dimiliki oleh seseorang individu dan individu memperolehi pulangan melalui aset-asetnya. Aset-aset yang dimaksudkan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran, akal, peribadi, jiwa, nilai-nilai murni, fikiran dan intelek.
Modal insan juga boleh diertikan sebagai himpunan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang individu yang boleh digunakan untuk menggerak kerja yang berfaedah bagi individu, organisasi dan persekitarannya.
Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan modal insan menurut prespektif Islam ialah satu keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia dalam konteks melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama yang diamanahkan bagi meningkatkan kemakmuran bagi manusia dan alam seluruhnya. (Dr Abd Rahman bin Ahmad 2006). Modal insan yang berkualiti menurut islam juga adalah manusia yang mengenal hakikat diri, kenal tuhan dan tunduk patuh kepadanya. Diri yang ‘Kamaliah’ luaran dan dalamannya. Sedar akan dirinya selaku hamba dan khalifah Allah di muka bumi.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju menjelang tahun 2020. Nilai tambah yang perlu ada pada modal insan yang diingini adalah dari segi modal pengetahuan, kemahiran, keperibadian, rohani dan jasmani. Kesemua nilai tambah ini dapat disuntik sewaktu mereka berada dalam alam persekolahan. Di peringkat sekolah merupakan masa yang amat penting dalam pembentukan peribadi seseorang manusia. Ia merupakan satu pendidikan formal yang lengkap kurikulumnya bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian seseorang murid dilingkungan di mana mereka berada.

Kerana manusia (seharusnya) sentiasa mahu meningkatkan kemajuan diri, dan ini dikatakan pembangunan modal insan, pembangunan minda kelas pertama...jika tidak bangsa kita tidak akan jadi maju," katanya.
Oleh itu rakyat mesti ada usaha untuk menambah nilai diri, kemajuan diri dan ilmu pada diri mereka untuk tidak menjadi jumud, kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan Sistem e-Merah dan portal I Cerve U (I Serve U) anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Manakala nilai inteleknya adalah terdiri daripada ilmu yang diperolehi oleh mereka yang boleh membawa kepada kebenaran, daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, daya pemikiran yang logik dan analitis, ilmu yang bermanfaat, dan suka kepada ilmu dan mengamalkan budaya ilmu serta belajar sepanjang hayat.
Ttiada noktah dalam mengejar ilmu pengetahuan dan tidak ada sesuatu yang lebih bernilai bagi sesuatu bangsa, melainkan ilmu yang ada pada masyarakatnya. Katanya, manusia adalah nilai dan aset paling besar bagi sesuatu bangsa kerana manusia boleh diberikan ilmu pengetahuan, kepandaian, kecekapan dan kemahiran supaya dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa dan tamadun. (Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi)

Memperkayakan modal budaya bermaksud memperkayakan keseluruhan ruang lingkup kehidupan seseorang insan yang meliputi keyakinannya terhadap tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat , berbudi perkerti mulia dan berbakti serta sanggup berkorban untuk bangsa dan negara. Unsur jasmani juga tidak diabaikan dengan memiliki kecergasan fizikal dan menjaga kesihatan diri dan dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
Menurut Perdana Menteri juga, matlamat menjadikan kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang sebagai sasaran perlu digerakkan bagi meningkatkan pencapaian dan nilai diri sesuatu bangsa. Beliau berkata, tanpanya, yang ada tinggal hanya kejumudan yang akan menyaksikan mereka tidak bergerak ke hadapan, tidak mengecapi kemajuan, tidak mempunyai nilai tambah dan akan terus ketinggalan.
Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral masyarakat “berminda kelas pertama” merupakan masyarakat intelektual, mampu bersaing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki moral yang kuat, menghayati dan mempunyai appresiasi terhadap budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Masyarakat sedemikian memiliki identiti nasional yang utuh dan tidak mudah hanyut bersama arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara, semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan senantiasa diterapkan.
Pembangunan insan yang holistik dan pengukuhan perpaduan negara akan turut
disumbangkan melalui penglibatan langsung rakyat dalam aktiviti budaya, kesenian dan warisan. Kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan harian, mempromosikan industri budaya dan kesenian negara menjadi agenda Negara yang berterusan.
Dalam teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi, berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan; berkeyakinan tinggi, berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu bertindak secara rasional; sentiasa menghormati kelainan orang lain dan
perbezaan individu; serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di
dalam keluarga dan masyarakat, seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Untuk tujuan itu pihak SMK Seri Tanjong iaitu di organisasi saya, beberapa program telah dilaksanakan dan ianya berupaya untuk membangunkan modal insan seperti yang dihasratkan dalam teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program ini boleh dikategorikan kepada kurikulum, program kokurikulum, program sukan, program pembudayaan adab dan budi bahasa, program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan), program pengukuhan disiplin pelajar dan program memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian. Melalui program-program yang dilaksanakan ini dapat membantu pihak sekolah membentuk ketrampilan dan keperibadian seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program Kurikulum
Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Seri Hisammudin Tun Hussein menegaskan bahawa

Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Kita perlu bersikap adil dengan tidak menafikan bahawa agenda ini telahpun terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. Malah Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan. (Menteri Pelajaran Malaysia, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein)

Program kurikulum yang diwujudkan di sekolah saya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti di antaranya ialah Program Ke Gerbang IPT Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai wawasan ke arah kecemerlangan akademik dan meningkatkan motivasi pelajar dengan penganugerahan sebagai galakan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Penganugerahan galakan pelajar akan diadakan setiap kali selepas ujian atau peperiksaan. Penerima anugerah akan menerima sijil mengikut jenis galakan yang diterima. Jenis galakan ialah Galakan Perdana, Galakan Yang DiPertua PIBG untuk pelajar-pelajar yang memenuhi kriteria kecemerlangan dan anugerah Sijil Perdana dan Sijil YDP untuk pelajar yang mencapai tahap kelulusan yang minima. Majlis penganugerahan akan disempurnakan oleh tetamu VIP dan pelajar yang menerima anugerah akan diraikan bersama tetamu VIP dan ibu bapa mereka. Pelajar yang menunjukkan pencapain paling cemerlang pula dipilih sebagai Anak Angkat Pengetua dan diberikan baucer sebanya RM100 untuk membeli buku-buku rujukan. Kesan daripada program ini telah melahirkan murid yang rajin berusaha untuk mencapai daya intelektual yang tinggi dan menyediakan peluang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk mendapat kejayaan yang cemerlang. Pencapain Program ke Gerbang IPT ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah.
Jumlah Penerima Anugerah Program Gerbang ke IPT
Jenis Anugerah Pengetua Sijil YDP/PERDANA Sijil
Feb Apr Jun Sept Feb Apr Jun Sept Feb Apr Jun Sept Feb Apr Jun Sept
PMR 13 20 23 30 154 164 170 186
SPM 14 16 18 24 112 118 124 133
STPM 20 23 30 35 23 20 33 33
Manakala murid-murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam seperti murid tingkatan 1, 2, 4 dan tingkatan 6 rendah program penghargaan untuk mereka tetap juga diadakan. Contoh program-program untuk kelas bukan peperiksaan ialah Program Persediaan Awal PMR, SPM dan STPM dan Program Tunas Bestari.
Program yang dilaksanakan di peringkat awal tahun ialah Program Motivasi, Kelas Tambahan Berjadual, Kelas Cemerlang Bestari (untuk calon PMR), Kelas Asak Minda (untuk calon SPM) dan Program Eksplorasi Tingkatan 6. Kesemua program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang akademik. Mereka diberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih intensif.
Manakala program peringkat pertengahan tahun ialah Program Teknik Menjawab dan Program Pemantapan Minda. Program ini dilaksanakan bertujuan supaya pelajar-pelajar lebih bersedia dan pengetahuan dan kemahiran mereka di perkukuhkan lagi menjelang peperiksaan sebenar. Pelajar-pelajar yang masih belum mencapai tahap seperti yang dikehendaki akan dikenalpasti dan pihak sekolah dan guru akan memantau dan memberikan lebih perhatian kepada mereka. Peringkat akhir tahun pula ialah Program Puncak PMR, SPM dan STPM. Pada peringkat akhir program-program ini lebih kepada memberi motivasi kepada pelajar agar yakin dan percaya kepada diri sendiri bahawa usaha mereka selama ini akan membuahkan kejayaan seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Program ke Gerbang IPT merupakan program yang menyokong program-program akademik yang lain dengan kemuncaknya memberi anugerah kepada pelajar yang layak. Oleh itu melalui program ini akan dapat menghasilkan modal insan yang boleh disuntik nilai tambahnya dan di tingkatkan nilai inteleknya. (nyatakan analisis)keputusan peperiksaan??
Selain daripada program akademik yang telah disebutkan pihak sekolah juga berupaya menyediakan program atau aktiviti Pusat Sumber yang menyokong kepada kejayaan dalam bidang akademik. ’Kecemerlangan Pusat Sumber bermakna Kecemerlangan Akademik’ , ini merupakan moto yang sentiasa diperkatakan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Tanjong. SMK Seri Tanjong telah menjadi Johan PSS kategori luar bandar di peringkat negeri sebanyak tiga kali. Aktiviti yang dianjurkan seperti Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca), Bulan PSS, Minggu ICT, Eksplorasi Buku, Bulan Membaca, Info PSS, Penerbitan Buletin dan sebagainya telah, membantu beberapa program akademik dan berupaya melahirkan modal insan seperti yang dikehendaki dalam teras 2 PIPP. Prasarana PSS yang disediakan seperti menyediakan unit-unit PSS sebanyak 25 unit dengan pelbagai kemudahan peralatan terkini dan pelbagai bahan bacaan serta media telah membuktikan bahawa peranan PSS berupaya untuk menyokong kurikulum SMK Seri Tanjong.
Guru dan kakitangan sekolah juga merupakan modal insan yang penting dalam membangunkan sesebuah sekolah untuk mencapai ke tahap cemerlang. Beberapa program untuk guru turut dilaksanakan bersesuaian dengan teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Di antara program-program yang dilaksanakan untuk guru ialah Program Perkembangan Staf, Program Buddy System (Sistem Bimbingan Taulan), Kursus Fasilitator, Kursus Penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Micro Teaching, Kursus Teknik Pemeriksaan Kertas Jawapan PMR, SPM dan STPM. Selain dari itu di peringkat Kawasan Tanjong pula pihak sekolah dengan kerjasama sekolah-sekolah berhampiran melalui PKG (5) Kg Gelam telah mewujudkan Kumpulan Kerjasama Akademik Kawasan PKG (5) dan saya telah bertindak sebagai setiausaha. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pengajaran guru-guru dan seterusnya membantu pelajar memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Di peringkat negeri pula terdapat program untuk pelajar-pelajar GALUS (Gagal dan Lulus) yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Majlis Guru Cemerlang dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
Program kurikulum yang dilaksanakan di sekolah saya dilengkapkan lagi dengan penggunaan ICT secara meluas. Projek ICT sekolah terbahagi kepada dua iaitu yang pertama projek dari Kementerian Pelajaran Malaysia melalui projek perkomputeran dan makmal komputer dan membantu pihak sekolah dengan menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan ICT untuk membantu guru mempelbagaikan P & P seperti penggunaan Teaching Courseware Bahasa Inggeris dan On the Shelf Courseware yang menyediakan set perisian yang menggunakan bahan elektronik interaktif multimedia. Selain dari itu Pihak Kementerian Pelajaran juga menyediakan talian jalur lebar Schoolnet , PPSMI, dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. Projek kedua ICT di sekolah saya dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak PIBG telah menyediakan 42 buah komputer yang lengkap untuk kegunaan pelajar dan ianya terletak di makmal Siber 3 dan Siber 5. Makmal Siber 1, 2 dan 4 merupakan projek ICT dari pihak Kementerian Pelajaran. Projek PIBG ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk memperolehi kemahiran asas ICT atau literasi komputer. Projek ini bermula semenjak tahun 2000 dan kekal sehingga sekarang. Ini bermakna 100% pelajar di SMK Seri Tanjong adalah celik ICT termasuk pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Manakala guru-guru telah meningkatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sebanyak lebih 70%. Di samping itu PIBG juga membantu guru-guru dengan membekalkan komputer di Bilik Bitara Ismail Saleh (Bilik Peperiksaan) yang dilengkapi dengan internet dan juga di beberapa bilik-bilik khas untuk kegunaan P & P. Talian jalur lebar Streamyx merupakan talian internet yang kedua yang dibayar sepenuhnya oleh PIBG dan ianya menyokong 60% penggunaan internet di sekolah termasuk sistem wireless (tanpa wayar) di persekitaran sekolah. Pelaksanaan program ICT di SMK Seri Tanjong adalah memenuhi sepenuhnya hasrat dan dasar KPM iaitu untuk memastikan semua pelajar celik komputer, mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam P & P dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan. Sebagai menilai dan menghargai pencapaian pelajar dalam bidang ICT setiap pelajar yang telah tamat tingkatan 2 dan telah menguasai sekurang-kurangnya pengetahuan asas komputer dianugerahkan sijil yang disumbangkan oleh PIBG sekolah.

Program kokurikulum
Kokurikulum dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan (Mok Song Sang). Aktiviti kokurikulum merupakan pelbagai aktiviti pendidikan di luar Sukatan Pelajaran dan disertai oleh pelajar-pelajar mengikut minat atau kepandaian istimewa diri mereka. Tujuan program kokurikulum diwujudkan di sekolah ini ialah untuk memupuk minat, kegemaran, dan mengembangkan keperluan, intelek, kebolehan dan bakat kreatif, meluaskan bidang ilmu pengetahuan, dan kemahiran pemikiran. Oleh itu di sekolah ini telah diwujudkan 3 jenis aktiviti kokurikulum iaitu permainan dan olahraga, persatuan dan kelab dan pasukan pakaian seragam (Unit Beruniform)
(i) Permainan dan olahraga
Di SMK Seri Tanjong, terdapat lapan jenis permainan iaitu badminton, bola baling, bola jaring, bola tampar, bola sepak, hoki, sepak takraw , ping pong dan petanq di samping empat buah rumah sukan iaitu Rumah Tuah, Rumah Jebat, Rumah Lekir dan Rumah Lekiu. Murid-murid diberi kebebasan untuk memilih permainan yang diminati untuk mengasah bakat mereka. Mereka berlatih 3 kali seminggu pada waktu petang di bawah bimbingan guru-guru dan jurulatih bertauliah yang telah ditetapkan. Semasa sessi latihan mereka diberikan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu permainan , undang-undang dan kemahiran yang perlu mereka kuasai. Apabila mereka bermain di gelanggang mereka akan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi daripada guru. Mereka juga mengamalkan budaya bagaimana untuk bekerjasama, hormat-menghormati, berdisiplin ,bersaing dalam suasana yang sihat, bertoleransi, bertanggungjawab dan sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi di samping dapat memelihara kesihatan fizikal dan mental, menggalakkan interaksi dan integrasi diantara murid-murid dan menjalin hubungan rapat antara sekolah dengan masyarakat. Berikut ialah pencapaian murid-murid SMK Seri Tanjong di peringkat Negeri, Kebangsaan dan peringkat Dunia.
Bil Tahun Augerah / Pencapaian
1 2006 Kebangsaan

1. Perahu Layar –peringkat Kebangsaan
2. Golf- Tempat ke 18,dalam World Malaysian Trophy
3. Golf – Tempat ke 4 mewakili Malaysia ke Asian

Peringkat Negeri Melaka
1. Petanq- Johan 11 tahun berturut- turut
2. Hoki – Tempat ke Tiga ( Lelaki & Perempuan bawah 15 thn )
3. Golf- Johan MSSM Negeri Melaka.
2 2007 Peringkat Dunia (World) Golf- Johan individu dan ”First Runner-up Malaysian Team” dalam World Amateur Inter-Team Golf Championship di Danau Selangor Golf Club, Bukit Kemuning , Selangor anjuran Persatuan Golf Malaysian – Muhammad Fadhli bin Muhammad Fadzil

Kebangsaan
1. Golf- Tempat ke tiga - Sport Excel junior Championship
2. Perahu Layar – Tempat ke 34 dan ke 35 dalam Kejohanan Open Regatta Royal Malaysian Navy Yacht Club, Lumut Perak.

Peringkat Negeri
1. Golf Remaja – Johan MSSMNM
2. Bola Sepak Bawah 15 tahun :–
-Naib Johan Piala Juara-juara Sekolah
Negeri Melaka
- tempat keempat Negeri Melaka.
3. Petanq- Johan Negeri Melaka.

Jadual 2: Pencapaian pelajar dalam permainan tahun 2007.

Dari jadual menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di SMK Seri Tanjong berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan seiring dengan pencapaian akademik. SMK Seri Tanjong juga berwatakkan permainan petanq dan menjadi rujukan dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan peringkat negeri malahan sehingga ke peringkat kebangsaan.

(ii) Persatuan dan Kelab
Aktiviti Persatuan dan Kelab juga menyumbang dalam pembentukan ketrampilan dan keperibadian yang tinggi dalam kalangan murid-murid di
SMK Seri Tanjong. Ini boleh diterapkan melalui 16 Persatuan Akademik yang telah ditubuhkan terdiri dari Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sains ,Matematik, Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan, Ekonomi, Reka Cipta, Komputer ,Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Seni Reka Tanda dan 10 Kelab iaitu Kelab Pengguna , Keselamatan Jalanraya, Usahawan Muda , Seni Budaya, Pelancongan, Anti- Jenayah, SPBT, Kaunseling dan Kerjaya, Anti-dadah dan Prostar, Alam Sekitar Setia, Fotografi dan Pusat Sumber.
Pelaksanaan aktiviti persatuan dan kelab dijalankan pada setiap hari Rabu antara jam 1.15 hingga 2.30 petang, bergilir-gilir antara keduanya. Ini memberi ruang supaya kedua-dua organisasi dapat menjalankan aktiviti masing-masing mengikut jadual. Aktiviti yang dijalankan melalui Persatuan dan Kelab juga merupakan satu cara pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang dan ia adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti berpesatuan dan kelab dapat melengkapkan pelajar dengan sifat-sifat kecemerlangan diri, seperti kepimpinan, mempunyai daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai daya tahan disamping menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain, dapat memupuk nilai-nilai murni, seperti kerjasama , semangat kekitaan , menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran yang dipelajari di bilik darjah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.
Jadual 3 di bawah menunjukkan contoh kejayaan yang telah di capai oleh Persatuan dan Kelab di SMK Seri Tanjong sepanjang tahun 2007 . Ini membuktikan bahawa aktiviti sedemikian mampu mengupaya dan membangunkan modal insan dari aspek membentuk ketrampilan dan keperibadian yang tinggi demi mencapai hasrat negara .
Pencapaian kejayaan Persatuan / kelab tahun 2007

Tahun Persatuan / Kelab Pencapaian 2007

Bahasa Melayu
1. Johan Pertandingan Forum Remaja
Negeri Melaka.
2. Mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan di Putrajaya mendapat tempat
keempat.
3. Tempat ketiga Negeri Melakabagi Pertandingan Pidato Lembaga Hasil dalam Negeri
(LHDN).

2007
Bahasa Inggeris
1. Tempat kedua Drama Bahasa Inggeris
Kawasan tanjong.
2. Tempat kedua – Kem Public Speaking Peringkat Negeri Melaka.

2007
Persatuan Agama Islam
1. Tempat kedua Kawasan Tanjong -Pertandingan Tadarus Al-Quran Sekolah Menengah
Negeri Melaka .
2. Johan Negeri Melaka- Kuiz Falak On-line Negeri Melaka


2007
Persatuan Ekonomi Rumah Tangga
1. Tempat keempat- Pertandingan Memasak Bersama Maggi Kawasan Melaka Tengah
2. Tempat keenam – Pertandingan Memasak Bersama Maggi Peringkat Negeri Melaka.

Jadual 3: Pencapaian kejayaan Persatuan / kelab tahun 2007


(iv) Unit Beruniform
Untuk memantapkan lagi ketrampilan dan keperibadian murid-murid
di SMK Seri Tanjong , pihak sekolah telah menubuhkan sebanyak 13 Unit Badan Beruniform ( Pasukan pakaian Seragam ) iaitu Pasukan Kadet Bersatu, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah, Pergerakan Pengakap,Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat, Puteri Islam, Putera Islam, Pandu Puteri, Rangers, Tae Kwan Do, Seni Silat Gayong dan Seni Silat Cekak .
Aktiviti pasukan ini dijalankan pada setiap hari jam 3.00-5.00 petang mengikut kelapangan jurulatih dari luar dan diawasi oleh guru penasihat. Semasa latihan dijalankan murid-murid didedahkan dengan latihan kawad, gotong- royong, berkhemah, latihan kecemasan dan sebagainya . Melalui aktiviti ini nilai-nilai murni seperti kerjasama , keberanian, berdikari, kejujuran , taat setia kepada ketua serta semangat bermasyarakat dapat diterapkan.
Jadual 3 menunjukkan pencapaian yang telah dicapai oleh
Pasukan Unit Beruniform SMK Seri Tanjong sepanjang tahun 2007.seterusnya membuktikan bahawa melalui aktiviti unit beruniform dapat membentuk ketrampilan dan keperibadian yang tinggi dalam kalangan muri-murid khususnya membina semangat bekerjasama, mematuhi pemimpin dan memupuk budaya mencintai sekolah, masyarakat dan negara.

Tahun Unit Beruniform Pencapaian

2007
Kadet Bersatu Malaysia
1. Program Jati Diri di Padang Kemunting, Masjid tanah:
(i)Johan –Khemah terbersih
(ii)Johan – Persembahan terbaik
2. Tempat Ketiga – Pertandingan Menembak Berpasukan di Perkhemahan Tahunan
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat)
3. Seorang atlit mewakili Kotinjen PKBM Melaka bagi Kem Dwi Tahunan Kebangsaan
di Ipoh Perak .

2007 Bulan Sabit Merah
1. 8 orang mewakili kontenjen PBSMM Melaka bagi Kem Dwi Tahunan Kebangsaan kali
ke 8.
2. Johan –Malam Kebudayaan UUKA
3. Johan – Persembahan UUKA
4. 3 orang mewakili kontenjen PBSMM Melaka bagi Pertandingan Pertolongan
Cemas Kebangsaan di Pahang .

2007 Pergerakan Pengakap kump 27
1. 4 orang mewakili sekolah ke Program Pendidikan Luar Anjuran JPN Melaka.
2. Seorang ahli berjaya menamatkan kursus Penolong Pemimpim Pengakap di Kem
Pengakap, Bkt Katil
3. 16 orang mkenyertai Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Bersejarah di Kem
Pengakap, Bukit katil.

2007 Kadet Bomba dan Penyelamat
1. Johan – Gerai terceria sempena Karnival Kokurikulum di SMK Seri Tanjong
2. Tempat Ketiga – Khemah Terbaik di Perkhemahan Pasukan Bomba dan Penyelamat
negeri Melaka .

Jadual 4: Pencapaian kejayaan Unit Beruniform tahun 2007


Pencapaian yang telah ditunjukkan oleh modal insan di SMK Seri Tanjong dalam bidang kokurikulum telah membuktikan bahawa ianya selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pihak sekolah dapat memantapkan program kokurikulum dan sukan, memastikan pelaksanaannya dibuat secara cekap bagi mendapat penyertaan menyeluruh agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang perkembangan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan membantu menyediakan pendidikan yang holistik daripada segi meningkatkan kemahiran sosial pelajar, melengkapkan pelajar dengan sifat-sifat kecemerlangan diri seperti kepimpinan, daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan daya tahan, mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan bakat pelajar dalam pelbagai bidang serta meningkatkan tahap disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

Program pembangunan rohani dan pembudayaan adab dan budi bahasa.

Penekanan kepada pembangunan insan terutama dalam aspek rohani dan spiritual amat dititik beratkan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah menyedari bahawa modal insan yang hendak dibentuk bukan sahaja cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum tetapi aspek pembangunan rohani turut ditekankan. Program pembangunan insan dan rohani yang diadakan adalah seperti Pembangunan Sahsiah, Majlis Tazkirah, Bacaan Yasin dan Solat Hajat, Ceramah-ceramah Agama, Seminar dan Bengkel berunsurkan pembangunan insan dilakukan sempena sambutan hari kebesaran Islam seperti Ma’al Hijrah, Isra’ Mikraj, Maulidur rasul, Awal Muharam, Bulan Ramadhan , Kursus Haji, Kursus Pengurusan Jenazah dan Kem Jati Diri. Kesemua program ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar terutama yang beragama Islam bahawa sebagai hamba Allah mereka perlu patuh dan taat kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah atau terpuji dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah atau terkeji supaya menjadi umat yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Warga sekolah yang bukan beragama Islam tidak dipinggirkan begitu sahaja mereka diajar dengan Subjek Pendidikan Moral. Subjek ini menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Penumpuan adalah ke arah pemupukan nilai-nilai moral yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia . Penekanan pengajaran ke arah pemupukan, penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni, 16 nilai yang telah di terima oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak 1976 diajar kepada murid-murid sebagai asas pembentukan peribadi. Nilai-nilai ini mampu menjadikan pelajar insan dan warganegara yang baik serta berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara. Nilai-nilai itu terdiri daripada baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kesyukuran, hormat-menghormati, kasih sayang , keadilan , kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, keederhanaan, rasional dan semangat bermasyarakat.
Dalam konteks pendidikan, budi bahasa dan adab sopan telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi pelaksanaan KBSR dan KBSM, penggabungjalinan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulu. Untuk memantapkan keperibadian pelajar program adab dan budi bahasa diwujudkan di sekolah ini. Di antaranya ialah program Bulan Budi Bahasa, Sayangi Rakan Anda, Rumahku Syurgaku, Jalinan Mesra dan Program Hulurkan Tanganmu. Program ini dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni dibudayakan pada peringkat sekolah secara berterusan agar pelajar dapat menghargai dan mengamalkan nilai dan budaya bangsa dalam kehidupan seharian. Kesannya kepada pelajar-pelajar di SMK Seri Tanjong, mereka lebih menghormati rakan, guru dan ibu bapa serta masyarakat di luar sekolah. Mereka juga menyedari pentingnya perhubungan yang akrab dan jujur antara rakan dan guru-guru.

Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)

Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuhkan serta diperkembangkan di sekolah agar menjadi amalan sepanjang hayat. Pihak sekolah telah melaksanakan program gotong royong, pertandingan kelas terbersih, program kitar semula dan program keceriaan. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. Ia juga bertujuan meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. Melalui amalan-amalan ini akan memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah dan mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria, bersesuaian dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aspek kesihatan juga diambil perhatian oleh pihak sekolah dengan menyediakan program pemeriksaan gigi secara percuma kepada pelajar, ceramah-ceramah kesihatan oleh pegawai perubatan daerah, program pencegahan denggi dan pencegahan dadah, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, mewujudkan Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja (PROSTAR) dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran Jasmani dan Kesihatan. Kesedaran terhadap kesihatan juga disokong oleh aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh pihak sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah. Matlamat program ini adalah selaras dengan dasar KPM iaitu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
Matlamat mewujudkan program sekolah selamat adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan menjadikan persekitaran sekolah tanpa gangguan mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar melalui kerjasama keluarga, komuniti dan pihak sekolah. Program yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan sekolah, sosial serta persekitaran dan lokasi sekolah. Program melalui Kelab Keselamatan Jalanraya telah dapat membantu pelajar memahami pentingnya keselamatan diri dijaga dan mempunyai perasaan bertimbangrasa.

Program Pengukuhan disiplin pelajar

Selain dari program-program yang telah disebutkan, terdapat juga program pengukuhan disiplin pelajar yang dilaksanakan di sekolah ini yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Akhlak dengan pelbagai program yang dilaksanakan mendapat kerjasama pihak guru dan ibu bapa. Melalui program ini dapat memupuk sifat benar, jujur, amanah, saling menghormati dan suka membantu serta berkasih sayang di kalangan pelajar di sekolah juga boleh dibawa sehingga di kalangan keluarga. Program yang dilaksanakan di sekolah SMK Seri Tanjong untuk mengukuhkan disiplin pelajar termasuklah Program Kempen Budi Bahasa, Program Antidadah, Tabung Kebajikan Pelajar, Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, Program Pembentukan Sahsiah dan Program Buku Peraturan Sekolah. Sebagai contoh pihak sekolah saya telah menetapkan supaya setiap pelajar memiliki Buku Peraturan Sekolah. Di dalamnya dicatat Rukun Negara, Lagu Negaraku, Lagu Sekolah, Visi, Misi Sekolah dan yang paling utama bahagian peraturan yang wajib dipatuhi meliputi cara berpakaian, potongan rambut bagi murid lelaki dan perempuan, peraturan keluar-masuk kawasan sekolah , peraturan semasa berada di kawasan sekolah dan larangan-larangan keras yang mesti dijauhi oleh semua murid. Tujuan peraturan sekolah diwujudkan adalah bagi mengukuhkan disiplin murid.
Kempen-kempen atau kursus disiplin yang diadakan dianjurkan bersama oleh agensi-agensi luar. Pihak sekolah mendapat kerjasama dari pihak Polis Diraja Malaysia dengan mewujudkan seorang pegawai perhubungan sekolah yang dapat membantu sekolah menyelesaikan masalah disiplin terutama kes-kes kecurian, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah dan kes-kes yang dikategorikan sebagai kes yang serius.
Jelas menunjukkan bahawa program-program yang dilaksanakan untuk mengukuhkan disiplin pelajar dapat membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin. Peratus pelajar ponteng misalnya telah dapat dikurangkan sebanyak 20% sepanjang tahun 2007. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah dan ibu bapa serta masyarakat luat juga turut membantu mengatasi atau mengurangkan masalah displin pelajar.

Program memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian

Sistem pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar. Pentaksiran dan penilaian adalah salah satu komponen utama proses pembelajaran dan merangsang pembelajaran bagi memotivasikan pelajar untuk memperbaiki prestasi dan pencapaian akademik. Mata pelajaran yang terbabit dengan pentaksiran ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu ( Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga) Teknologi Maklumat, Reka Cipta , Ekonomi Rumah Tangga Menengah Atas dan Pendidikan Seni Visual, Geografi dan Sejarah iaitu subjek-subjek yang mempunyai komponen kerja kursus. Untuk memantap pelaksanaan pentaksiran di sekolah saya, beberapa langkah dijalankan iaitu memberi taklimat kepada murid sebelum kerja kursus dijalankan. Taklimat bertujuan memberitahu dan menerangkan kepada murid-murid projek yang akan mereka laksanakan, tujuan, jadual kerja membuat projek ,kriteria-kriteria setiap aspek projek yang patut dicapai untuk mendapat skor A dan membimbing murid-murid cara-cara mendokumentasikan projek yang telah dilaksanakan.
Untuk memantapkan sistem penilaian pula pentadbir SMK Seri Tanjong menetapkan lima kali ujian/ peperiksaan dilaksanakan sepanjang tahun,iaitu Ujian 1 (Awal Febuari), Ujian 2( Akhir Mac) , Peperiksaan Pertengahan tahun ( akhir Mei), Ujian 3(Julai / ogos) , Peperiksaan Percubaan PMR / SPM dan Peperiksaan Akhir tahun (Oktober). Penyelaras Tingkatan akan menyediakan jadual peperiksaan, tarikh ujian serta subjek ditentukan, jadual kerja untuk memproses markah dan tarikh rekod prestasi murid disiapkan. Pemprosesan markah dilakukan menggunakan sistem komputer dengan ini membantu pihak pentadbir dan ketua panitia memperolehi analisis dengan cepat . Setelah analisis ujian /peperiksaan diperolehi , semua ketua-ketua panitia akan memanggil mesyuarat ahli panitia masing-masing untuk membincangkan kelemahan dan kekuatan murid seterusnya mengambil langkah pembaikan dan pemulihan untuk peningkatan prestasi dalam ujian yang akan datang. Dengan cara ini prestasi murid dapat dipantau dan kecemerlangan sekolah dapat dipertingkatkan sebanyak 35% dengan lebih berkesan.
Sistem pentaksiran yang dilaksanakan dapat memastikan pencapaian pelajar diukur bersandarkan ujian rujukan kriteria yang memberi penekanan kepada task-based assessment seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala sistem penilaian yang dimantapkan di sekolah dengan bantuan dan sokongan penggunaan ICT telah membantu pihak sekolah menghasilkan sistem penilaian yang cekap dan teratur. Pemakaian sistem ini telah berupaya membantu pihak sekolah untuk membangunkan modal insan sama ada guru ataupun pelajar.

Kesimpulan
Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah jelas iaitu membangunkan modal insan yang mempenyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Manakala matlamatnya pula adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuanm kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. Pihak Sekolah SMK Seri Tanjong telah menjelmakan dasar dan matlamat ini dengan melaksanakan beberapa program yang berupaya membangunkan modal insan seperti yang dihasratkan dalam teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Adalah jelas menunjukkan bahawa program-program yang dilaksanakan di sekolah telah dapat membantu modal insan di sekolah ini memperbaiki diri ke tahap yang lebih cemerlang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Program ini juga merupakan program yang menyeluruh yang meliputi kurikulum, kokurikulum dan semua aspek kehidupan pelajar yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaa. Semuga program – program yang dilaksanakan ini dapat dikekalkan serta diberi penambahbaikan dari masa kesemasa untuk membangunkan lebih ramai modal insan yang berkualti dan berakar di peringkat nasional dan berakal di peringkat internasional. Program-program ini juga diharapkan akan menjadi contoh atau rujukan kepada sekolah-sekolah lain atau institusi pendidikan lain di dalam negara atau diluar negara.

Tuesday, April 22, 2008

PROGRAM KECEMERLANGAN SERI TANJONG

PROGRAM ASAK MINDA

PENGENALAN

Program Peningkatan Prestasi Akademik SPM 2005 atau dikenali sebagai Program Asak Minda merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan kurikulum SMKST untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti. Didapati bahawa pada tahun-tahun sebelumnya iaitu melalui program Asak Minda pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar menghadapi peperiksaan SPM dan memperolehi keputusan yang lebih baik.
Untuk menjayakan program Asak Minda ini semua panitia boleh merancang cara atau pendekatan terbaik yang boleh digunakan semasa melaksanakan program ini. Usaha yang bersungguh-sungguh dari guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan program ini, kerana pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sememangnya mahu berjaya dengan baik dan cemerlang.

MATLAMAT

a) Menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan SPM akan mencapai 100%

OBJEKTIF

a) Pelajar kategori lemah dan sederhana mendapat kesedaran dan berminat untuk
memajukan diri ke arah kejayaan.
b) Pelajar dapat menggunakan minda dengan berkesan dan teratur sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.
c) Pelajar memperolehi kebiasaan dan keyakinan dalam menjawab soalan-soalan
yang berformat SPM.

STRATEGI

a) Program ini melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Kimia, Fizik dan Biologi.
b) Pelajar menawarkan diri secara sukarela untuk menyertai program ini.
c) Kemudahan penyediaan bahan-bahan program seperti Modul, latihan atau lain-lain disediakan oleh pihak sekolah.
d) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Minda ( 1 hingga 8).


AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Hj Mohamad bin Adam (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : Pn Rosni bte Leman (GPK 1)

Naib Pengerusi 2 : Pn Hjh Rosiah bte Haron

Setiausaha : Pn Hjh Rosni Adom

AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia

KUMPULAN SASARAN

a) Pelajar kategori baik, sederhana dan lemah
(Dari tingkatan 5 Sains 1 hingga 5 Kemanusiaan 2)


SUMBER KEWANGAN

a) Pelajar dikenakan bayaran RM20.00 sebulan untuk semua mata pelajaran.
b) Guru-guru yang terlibat akan dibayar mengikut bilangan subjek berkenaan diajar.


KESIMPULAN

Pihak pentadbiran sekolah amat berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ia merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu para pelajar mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Kerjasama guru amat diperlukan dalam menjayakan program ini.

PROGRAM KE GERBANG IPT

1.0. PENDAHULUAN

Setiap pelajar mengimpikan kejayaan yang cemerlang untuk masa depan. Langkah pertama ke arah kecemerlangan bermula dengan menjejakkan kaki ke IPT. Pelajar-pelajar perlu bersedia dari segi akademik, fizikal dan mental untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan.Sehubungan dengan itu kesedaran awal perlu diterap dalam minda pelajar tentang hala tuju mereka dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai kecemerlangan yang diidamkan.Program ini disediakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menghala tujukan pelajar kepada target yang harus dicapai untuk membolehkan mereka memasuki IPT sebagai langkah permulaan kearah kecemerlangan.

2.0. MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai wawasan ke arah kecemerlangan akademik dan meningkatkan motivasi pelajar dengan penganugerahan sebagai galakan.

3.0. OBJEKTIF

1. Mendidik pelajar, belajar untuk mencapai kelayakan yang sepatutnya untuk
memasuki Matrikulasi dan IPT.
2. Meningkatkan motivasi pelajar dengan memberikan anugerah-anugerah sebagai
galakan.

4.0. INTISARI PROGRAM

Program ini adalah program sepanjang tahun. Penganugerahan galakan pelajar akan
diadakan setiap selepas ujian atau peperiksaan.Penerima anugerah akan menerima sijil mengikut jenis galakan yang diterima.Majlis penganugerahan akan disempurnakan oleh tetamu VIP dan pelajar yang dirai bersama ibubapa akan minum bersama VIP yang dijemput.

5.0. JENIS GALAKAN

Anugerah galakan akan diberikan kepada pelajar dan guru.

5.1. Pelajar

Terdapat 3 jenis anugerah galakan.

5.1.1. Galakan Perdana.
Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 6 Atas yang akan menduduki peperiksaan
STPM pada tahun 2006.

(a) Anugerah Perdana;
Kelayakan
Mencapai kelayakan masuk ke Universiti ( NGMP minima 2.5 point dan
Lulus Pengajian Am)

(b) Sijil Perdana;
Kelayakan : Mencapai Syarat Sijil Penuh
Lulus Pengajian Am dan NGMP dalam lingkungan 2.0 hingga 2.49 point


5.1.2. Galakan YDP

Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM
pada tahun 2006.

(a) Anugerah YDP;
Kelayakan : Mencapai kelayakan untuk memasuki matrikulasi.

Aliran Sains: - Mendapat agreget kurang atau sama dengan 10 unit untuk 3 mata
pelajaran iaitu - Matematik Tambahan
- mana-mana 2 matapelajaran Sains Tulen
(Fizik/Kimia/Biologi)
- Kepujian dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris

Aliran Perakaunan
- Mendapat agreget kurang atau sama dengan 10 unit untuk 3 mata
pelajaran iaitu - Matematik Tambahan
- mana-mana 2 matapelajaran Teknik
(Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas)
- Kepujian dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris

(b) Sijil YDP
Kelayakan
- Mencapai kelayakan untuk memasuki tingkatan 6.
Aliran Sains
- Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Mendapat agreget kurang atau sama dengan 18 unit untuk 3 mata
pelajaran iaitu - Matematik Tambahan
- mana-mana 2 matapelajaran Sains Tulen
(Fizik/Kimia/Biologi)

Aliran Sastera
- Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Mendapat agreget kurang atau sama dengan 12 unit untuk mana-mana
3 mata pelajaran.

5.1.3. Galakan Pengetua
Dianugerahkan kepada pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2006.

(a) Anugerah Pengetua;

Kelayakan - Lulus semua mata pelajaran
- Mendapat 6A ke atas.

(b) Sijil Pengetua

Kelayakan - Lulus semua mata pelajaran

KEM EKONOMI

1. Pengenalan

Program Kem Ekonomi merupakan satu program yang dirancang untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ekonomi asas. Pelajar yang mengikuti program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5SI 1 dan 5SI2 berjumlah 63 orang Program ini bertujuan membantu pelajar-pelajar mencapai kejayaan dan dapat meningkatkan peratus lulus ekonomi asas secara berterusan sama ada dari segi kualiti dan kuantiti.

2. Objektif

Mempelbagaikan kaedah mengajar ekonomi asas
Memberi peluang dan masa yang mencukupi kepada pelajar untuk memahami tajuk-
tajuk ekonomi asas
Membina semangat kerjasama di kalangan pelajar
Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi asas

3. Tarikh

Tarikh perlaksanaan program ini adalah pada 28hb Julai 2007

4. Jangkamasa

Bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang

5. Tempat

Pusat Sumber Sekolah

Bilik Ilmu Seri - Sesi Taklimat Perjalanan Kem Ekonomi
Perpustakaan – Sesi gerak kerja berkumpulan


6. Jawatankuasa Kem Ekonomi

Penasihat : Tn Hj Mohamad bin Adam

Pengerusi : Pn Rosni bte Leman

N. Pengrusi : Pn Noraini bte Hassan

Setiausaha : Pn Rosni bte Adom

AJK : Pn Norazlinda bte Omar
Pn Hjh Norehan bte Bakar

7. Nama Ahli Kumpulan


a. Kumpulan Bank
b. Kumpulan Wang
c. Kumpulan Cukai
d. Kumpulan Tabungan
e. Kumpulan Pelaburan
f. Kumpulan Pinjaman
g. Kumpulan Modal
h. Kumpulan Pasaran


8. Aturcara Program

8.00 : Pendaftaran Pelajar di Bilik Ilmu Seri

8.30 : Ucapan Aluan / Sesi Taklimat

8.45 : Ceramah
- Teknik Menjawab
- Kaedah Mengulangkaji
- Teknik Peta MInda

9.30 : Pembahagian Kumpulan

10.00 : Rehat dan Jamuan ringan

10.30 : Gerak Kerja Kumpulan Bermula
- Membuat Peta Minda
- Menjawab Soalan Esei

1. 00 : Rehat dan Makan Tengahari

2.00 : Pembentangan Kumpulan

3.00 : Permainan Pendidikan

- Teka Silang Kata
- Jumble Trouble
- Kuiz

4.00 : Pengumuman Kumpulan Pemenang

4.15 : Pembahagian Hadiah

4.30 : Penutup dan Bersurai

9. Peralatan

Peralatan yang diperlukan semasa program ini ialah:

a) Kertas Mahjong
b) Kertas A4
c) Pen Marker
d) Kad Manila
e) PA Sistem
f) Komputer
g) LCD
h) Lain-lain alat yang berkaitan


10. Sumber Kewangan

a) Sumbangan dari pelajar- RM3.00 seorang
b) PIBG
c) Sumbangan orang perseorangan

11. Fasilitator

a) Pn Rosni bte Adom
b) Pn Norazlinda bte Omar

KAJIAN TINDAKAN

MEMAHAMI TAJUK WANG DAN BANK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN PENDIDIKAN - RODA IMPIAN


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Mata pelajaran Ekonomi Asas merupakan satu daripada mata pelajaran di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional untuk menengah atas. Kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran ini di peringkat sekolah terdiri daripada pelajar yang tahap pencapaian akademiknya sederhana dan lemah. Kerapkali guru menghadapai masalah pemahaman konsep ekonomi di kalangan pelajar. Pelajar sering keliru dan tidak dapat menghuraikan fakta yang dikehendaki, walaupun jawapan yang diperlukan adalah jawapan yang pendek dan padat. Pelajar kebiasaannya akan menjawab mengikut logik mereka sendiri dan tidak dapat mengaitkan konsep yang telah dipelajari. Beberapa sebab dikenalpasti mengapa keadaan ini berlaku. Di antaranya ialah pelajar tidak faham dengan jelas, kurang atau tidak mengulangkaji langsung topik yang telah dipelajari, tidak mahu bertanya topik yang mereka tidak faham dan kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri.
Kebanyakanya hanya membuat latihan yang diberi oleh guru sebagai kerja rumah. Ada di antaranya mengabaikan kerja rumah yang diberi. Perasaan kecewa mendapat murid-murid seperti ini memang wujud dalam diri dan jiwa pengkaji. Tetapi itu tidak bermakna tiada tindakan yang dibuat. Pelbagai cara atau kaedah yang telah digunakan untuk menarik minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik.
Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak yang baik kecuali hanya beberapa orang sahaja yang bermasalah. Ini dapat membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Majoriti mereka mempunyai buku nota yang lengkap dan memberikan kerjasama ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah melaksanakan beberapa permainan pendidikan seperti teka silang kata, kuiz, menjawab soalan secara tarik dan lepas (drag & drop),kotak ajaib,jumble trouble dan Roda Impian. Hasil daripada pemerhatian didapati bahawa pelajar yang pencapaian sederhana dan lemah ini lebih suka mengikuti pelajaran dalam suasana ceria dan seronok.




2.0 ISU KEPERIHATINAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada permainan pendidikan dan yang dijangka dapat memotivasikan pelajar. Dari pemerhatian pengkaji pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini sering menganggap ianya satu mata pelajaran yang sukar. Mereka dilihat belajar dalam keadaan tekanan dan pengkaji sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Ini disebabkan subjek ekonomi isi kandunganya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk memasukkan kaedah permainan pendidikan dalam pengajaran ekonomi asas. Kebiasaannya soalan esei melibatkan 25 markah untuk satu soalan. Jika pelajar tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu tajuk dalam subjek ini mereka akan kehilangan markah yang banyak. Tujuan permainan pendidikan ini dilaksanakan dalam kajian ini juga adalah sebagai salah satu galakan agar mereka berminat dan menambahkan keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar untuk mereka.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objetkif tersebut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk wang dan bank. Mereka diharapkan dapat menjawab soalan esei pendek berkaitan tajuk ini.

3.2 Objektif Khusus

• Membantu guru mengenalpasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar yang lebih berkesan
• Membantu pelajar supaya dapat memahami konsep, fakta dan istilah ekonomi yang berkaitan dengan wang dan bank
• Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini
• Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah pelajar yang berprestasi sederhana dan rendah berjumlah 15 orang. Pada kebiasaannya markah dalam setiap ujian atau peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus kadang-kadang gagal. Di kalangan pelajar-pelajar ini minat terhadap mata pelajaran ini adalah sederhana kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan mereka boleh memahaminya pada peringkat awal tetapi apabila menjawab soalan mereka agar susah untuk mengaplikasikannya dalam jawapan.



5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

5.1 Tinjauan Awal

Pengkaji mendapati markah ujian bulan februari yang diperolehi oleh pelajar-pelajar kelas 5SI2 ini pencapaiannya sederhana dan ada yang gagal. Sedangkan tajuk ini tidak terlalu banyak konsep ekonomi yang diketengahkan. Oleh itu pengkaji terdorong untuk membuat kajian berkenaan pencapaian mereka.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil dari temubual dengan pelajar secara rawak bermula selepas markah ujian diperolehi pengkaji dapat merumuskan bahawa:

 Pelajar berpendapat soalan susah
 Mereka tidak faham kehendak soalan
 Pelajar tidak dapat membezakan antara fungsi wang dan ciri-ciri wang
 Pelajar keliru dengan beberapa konsep dalam fungsi wang

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, pengkaji berpendapat amat penting mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar memahami tajuk wang dan bank dengan lebih baik. Ini akan dapat membantu mereka menjawab soalan sama ada soalan berbentuk esei atau objektif.
Alat permainan Roda Impian telah ditempah khas untuk tujuan kajian ini. Permainan Roda Impian ini diilhamkan daripada Program Televisyen iaitu Roda Impian yang dihoskan oleh pengacara Halim Osman. Permainan ini fokusnya adalah untuk mendapatkan seberapa banyak wang tanpa had. Ia bergantung kepada kebijaksanaan dan daya ingatan pelajar yang diuji dalam permainan ini. Setiap bahagian dalam bulatan pusingan ditetapkan jumlah dalam ringgit Malaysia iaitu daripada nilai yang terendah iaiti RM10 dan yang paling tinggi ialah RM 1500. Terdapat juga bahagian lose turn dan muflis. Ini mengingatkan pelajar-pelajar agar berhati-hati semasa memusingkan Roda Impian tersebut. (Seperti dalam lampiran)
Peringkat awal guru mengajar menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi. Pengkaji juga menggunakan persembahan power point dan juga internet sebagai bahan sokongan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan. Ia bertujuan untuk mengukuhkan ingatan pelajar. Permainan ini dijalankan mengikut giliran. Soalan-soalan disediakan oleh guru. Pusingan yang dibuat oleh pelajar akan menentukan jumlah wang yang diperolehi. Jika pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka bermakna mereka akan memperolehi wang tersebut. Setiap pelajar akan mengikuti permainan ini sebanyak tiga pusingan.
Teknik ‘bayangan minda’ juga di laksanakan dalam permainan ini. Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka seoalah-olah telah memperolehi wang tersebut. Oleh kerana tajuk ini berkaitan dengan wang dan bank, maka sepanjang proses pengajaran ini berlangsung mereka diingatkan bahawa wang adalah penting dalam kehidupan dan mereka mesti mendapatkan sebanyak yang mungkin semasa sesi permainan pendidikan ini berlangsung.
Soalan yang dikemukakan kadang-kadang berulang-ulang. Secara tidak langsung akan membina dan meningkatkan daya ingatan pelajar berkenaan tajuk ini.

5.4 Pemerhatian

Ujian pra yang diambil untuk kajian ini adalah daripada ujian bulan februari. Sebelum ujian pra dijalankan tajuk wang dan bank telah dipelajari sepenuhnya oleh pelajar. Ujian ini mengandungi dua jenis soalan iaitu esei pendek dan objektif.
Pengkaji menjalankan kajian dengan menggunakan permainan pendidikan Roda Impian selama empat minggu. Aktiviti dijalankan sebanyak dua kali seminggu dan masa yang diambil untuk setiap sesi ialah 35 minit. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkahlaku pelajar dapat diperhatikan. Mereka merasa seronok dan aktif semasa sesi ini berjalan. Pelajar yang pada permulaanya merasa malu dan tidak aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Walaupun mereka tidak memperolehi jumlah wang terkumpul yang banyak tetapi mereka tetap merasa gembira kerana tiada pelajar yang tidak memperolehi wang hasil dari permainan pendidikan ini. Memperolehi wang bermakna mereka boleh menjawab soalan.
Soalan serta jawapan yang berulang-ulang telah membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengingat. Kesilapan jawapan rakan mereka telah membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk menjawab soalan dan mereka mencuba sedaya upaya untuk menjawab soalan dengan betul. Cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada mereka bahawa cara belajar ekonomi bukan sahaja dengan satu cara tetapi dengan kaedah permainan juga mereka boleh menguasainya.

5.5 Analisis Ujian

Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Markah
ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam menjawab soalan.

Jadual 1. Pencapaian pelajar dalam Ujian pra dan Ujian Pos

Bil Pelajar Jantina Ujian Pra Ujian Pos
% Gred % Gred
1 Pelajar 1 L 35 9G 40 8E
2 Pelajar 2 L 35 9G 42 8E
3 Pelajar 3 L 40 8E 65 3B
4 Pelajar 4 L 42 8E 67 3B
5 Pelajar 5 L 44 8E 65 3B
6 Pelajar 6 L 45 7D 63 4B
7 Pelajar 7 L 55 5C 70 2A
8 Pelajar 8 L 48 7D 70 2A
9 Pelajar 9 P 37 9G 57 5C
10 Pelajar 10 P 45 7D 60 4B
11 Pelajar 11 P 58 6C 75 2A
12 Pelajar 12 P 30 9G 57 5C
13 Pelajar 13 P 36 9G 60 4B
14 Pelajar 14 P 42 8E 60 4B
15 Pelajar 15 P 40 8E 60 4B

Ujian Pra menunjukkan 5 orang pelajar memperolehi gred 9G (33.3%), 5 orang pelajar juga memperolehi gred 8E (33.3%), 3 orang pelajar memperolehi gred 7D (20%) dan hanya 2 orang sahaja memperolehi gred kepujian 5C dan 6C (13.3%).
Ujian pos pula menunjukkan peningkatan yang menggalakkan iaitu kesemua 15 (100%) orang pelajar tersebut telah lulus. Tiga orang pelajar telah memperolehi 2A (20%), 3 orang mendapat 3B (20%), 5 orang memperolehi 4B (33%), 2 orang memperolehi 5C (13%) dan 2 orang memperolehi 8E (13%) Jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markah ujian pos, setelah pelajar-pelajar tersebut didedahkah dengan permainan pendidikan Roda Impian.

5.6 Analisis Pemerhatian

Penggunaan permainan pendidikan Roda Impian telah dapat menarik minat pelajar dalam tajuk ini. Mereka tidak rasa bosan dan sentiasa menunggu giliran mereka untuk memusingkan Roda Impian tersebut. Mereka berlumba-lumba untuk memperolehi seberapa banyak wang. Ini bermakna mereka berusaha untuk mengingat dan memberikan jawapan yang tepat. Pusingan Roda Impian yang berhenti selepas dipusingkan oleh pelajar akan menentukan jumlah wang yang diperolehi apabila mereka dapat menjawab dengan tepat. Keadaan kelas agak bising tetapi terkawal dan tergambar kegembiraan mereka sewaktu sesi ini berjalan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat dilihat dan perasaaan malu untuk berdiri di hadapan kelas dapat diatasi sedikit demi sedikit. Perasaan rendah diri dan malu pelajar-pelajar ini memang ketara apabila diminta ke hadapan kelas untuk menjawab soalan. Tetapi apabila permainan ini sudah bermula dan atas sokongan rakan-rakan mereka bertambah yakin.

Jadual 2: Jumlah pungutan wang oleh pelajar dalam permainan Roda Impian

Bil Pelajar Jumlah wang yang diperolehi (RM)
1 Pelajar 1 250
2 Pelajar 2 200
3 Pelajar 3 700
4 Pelajar 4 550
5 Pelajar 5 600
6 Pelajar 6 350
7 Pelajar 7 980
8 Pelajar 8 1000
9 Pelajar 9 660
10 Pelajar 10 700
11 Pelajar 11 1100
12 Pelajar 12 300
13 Pelajar 13 450
14 Pelajar 14 450
15 Pelajar 15 560

5.7 Refleksi Kajian

Permainan pendidikan Roda Impian merupakan salah satu bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik. Daripada pemerhatian pengkaji pelajar yang terdiri dalam kategori lemah dan sederhana tidak boleh menerima pembelajaran guru yang terlalu serius dan penuh dengan fakta. Mereka akan berasa cepat bosan dan akan mengalihkan fokus mereka kepada perkara lain yang lebih menarik minat. Apabila permainan ini dijadikan salah satu dari bahan sokongan pengajaran kelihatan minat pelajar terhadap topik ini berubah. Pelajar berasa mereka terlibat secara langsung dan komunikasi tidak berlaku sehala sahaja.
Dari tinjauan secara lisan pelajar-pelajar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah mengulangkaji pelajaran di rumah. Semua mata pelajaran yang diajar oleh guru akan tamat hanya di dalam kelas sahaja. Mereka akan membuka buku jika ada kerja sekolah yang dibekalkan untuk mereka. Tetapi bukan semua pelajar ini akan membuat kerja rumah tersebut. Pelajar-pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana ini hanya mengharapkan sepenuhnya daripada guru dan kurang berusaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian. Markah ujian yang diperolehi jarang dijadikan sebagai panduan atau kayu ukur untuk mendapat markah yang lebih baik untuk ujian yang seterusnya.
Penggunaan Permainan Roda Impian ini sedikit sebanyak telah membuka minda mereka bahawa untuk belajar bukan hanya mendengar dan menulis sahaja tetapi mereka mesti melibatkan semua pancaindera mereka. Pergerakan tubuh badan dan pancaindera akan membantu mereka untuk menghayati dan meningkatkan kemampuan mereka yang selama ini dipendam dan seakan-akan beku dan tepu dalam hati, jiwa dan pemikiran mereka. Walaubagaimanapun dalam kajian ini terdapat dua orang pelajar yang hanya menunjukkan prestasi yang tidak jauh berbeza semasa ujian pra dan ujian pos kerana mereka sering ponteng sekolah dan tidak dapat menyertai kajian ini sepenuhnya. Oleh kerana kerap tidak hadir ke sekolah agak sukar bagi pengkaji untuk membantu mereka menguasai dan memantapkan pemahaman mereka terhadap tajuk ini.
Pengkaji berpendapat sebagai seorang guru sokongan kepada pelajar amat penting. Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan, oleh itu kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik. Sebagai guru kita pasti akan rasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata ‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka. Justru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi.

6.0 CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN

Permainan pendidikan merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk murid-murid peringkat tadika atau sekolah rendah. Walaubagaimanapun atas kesedaran bahawa terdapat pelajar yang masih lemah dalam pelajaran walaupun mereka sudah memasuki sekolah menengah maka permainan pendidikan ini telah dicuba oleh pengkaji dalan usaha menarik minat mereka dalam pelajaran. Pelajar yang berprestasi rendah dan sederhana perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka juga berpotensi untuk mendapat kejayaan yang lebih baik. Kemungkinan mereka tidak diberi peluang dan bakat serta potensi mereka tidak dapat digilap sepanjang tempoh pembelajaran mereka dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Kekangan dan batasan masa seseorang guru semasa mendidik anak-anak didik ini juga merapakan salah satu faktor yang menyebabkan potensi kesemua pelajar tidak dapat dikesan dan digilap.
Pengkaji tidak berhenti setakat permainan Roda Impian sahaja. Pada masa akan datang permainan komputer juga akan diperkenalkan dalam pembelajaran ekonomi asas. Ia bersesuaian dengan perkembangan terkini yang melibatkan penggunaan ICT yang begitu meluas. Permainan pendidikan komputer akan memberi kebebasan, ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar secara akses kendiri tanpa bantuan guru di sekolah dan mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.




























LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR SEMASA SESI PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN PERMAINAN PENDIDIKAN RODA IMPIAN

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)

PENGENALAN

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”. Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. Pengertian, objektif dan tiga model PLBD yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen ini. Berdasarkan garis panduan dalam dokumen tersebut, Buku Panduan PLBD Ekonomi Asas ini adalah bertujuan untuk membantu guru Ekonomi Asas melaksanakannya dalam matapelajaran Ekonomi Asas di sekolah.

PENGERTIAN PLBD

Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut:

“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”

OBJEKTIF PLBD

PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:

· Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas;
· Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan;
· Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;
· Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;
· Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;
· Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.
· Menerapkan nilai-nilai murni.

MODEL PLBD

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

PERANCANGAN PLBD

Sebelum PLBD
Semasa PLBD
Selepas PLBD

PERANCANGAN PLBD

Guru
Murid

Sebelum PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran)
Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD
Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa
Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD
Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi
Membuat tempahan tempat dan pengangkutan
Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.
Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid
Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid
Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan
Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti
Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing
Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid
Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll)
Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan
Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat
Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan
Memahami peraturan dan aturcara lawatan
Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Memahami keperluan-keperluan keselamatan

Semasa PLBD

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga
Memberi bantuan bila diperlukan
Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat
Membuat pemerhatian secara langsung
Mengumpul dan merekod maklumat
Mematuhi peraturan-peraturan lawatan
Berkerjasama dalam kumpulan

Selepas PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid
Membimbing murid membuat rumusan
Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti).
Menyusun maklumat yang dikumpul
Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan
Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain
Menyediakan laporan
Menghantar / membentang hasil / laporan
Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

PENGENALAN

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan guru atau sesiapa sahaja yang berminat denngan beberapa topik yang berkaitan. Dunia kini bergerak pantas dengan pelbagai maklumat. Perkongsian ilmu adalah secara terbuka dan pantas. Menyimpan ilmu hanya untuk diri sendiri tidak begitu sesuai di zaman yang serba canggih dengan teknologi maklumat ini. Mencari, meneroka, menyampaikan dan mengamalkan ilmu secara maya telah menjadi fenomena yang tidak terkawal. Ilmu berada di hujung jari. Sebagai pengamal ilmu yang tulen, pasti anda akan tercari-cari bahan yang dapat memberikan manfaat kepada perkembangan peribadi anda sendiri. Semuga ruangan yang terhad ini akan memberikan anda sedikit pengetahuan melalui pengalaman sebenar yang dilalui oleh saya untuk sampai ke tahap ini. Kecemerlangan menjadi benteng dalam perjuangan sebagai seorang pendidik. Cekap mendidik bukan hanya setakat di dalam bilik darjah sahaja tetapi ia telah melangkau dunia tanpa sempada ini. Sebagai guru mengajar dan memastikan pelajar mendapat kejayaan cemerlang memang satu kepuasan. Tetapi berkongsi ilmu dan kejayaan dengan orang lain merupakan satu kepuasan yang tiada penghujungnya. Wassalam.

"SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA HAMBANYA JIKA IA MELAKUKAN SESUATU IA AKAN MELAKUKANNYA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH"